Kerajaan Tambah Baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan – PM Anwar

 


IMG_8602

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara di Putrajaya pada 19 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Kerajaan akan meneliti cadangan penambahbaikan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah ketika bencana jerebu melanda, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, cadangan itu juga merangkumi persediaan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara di Putrajaya pada 19 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas.

“Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Perdana Menteri berkata cadangan itu dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara yang dipengerusikannya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara di Putrajaya pada 19 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Selain itu, beliau berkata, mesyuarat juga membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.

Katanya, beliau menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu.

“Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara di Putrajaya pada 19 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, mesyuarat sama turut dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman ‘Super El Nino’ yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan.

“Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. Nadma perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara di Putrajaya pada 19 Oktober 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti.

“Nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. Inilah amanah yang mesti kita galas bersama,” katanya.





No comments: