
Hampir RM13 bilion. Angka ini sepatutnya membuat kita berhenti sejenak dan bertanya: berapa mahal harga yang perlu dibayar apabila amanah tidak disertai tadbir urus yang berkesan?
Menurut penjelasan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026, tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah Tabung Haji (TH) merekodkan kerugian 100 peratus.
Jumlah kerugian hampir RM13 bilion itu merangkumi RM10.2 bilion yang ditanggung kerajaan melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) berkaitan penyelamatan 2018 serta rosot nilai RM2.6 bilion yang ditanggung TH antara 2018 hingga 2025.
Di sebalik angka ini ada jutaan pendeposit. Ada guru yang menyimpan sedikit demi sedikit, peniaga kecil yang mengetepikan keuntungan dan pesara yang mengumpulkan wang untuk menunaikan haji. Mereka menyerahkan simpanan kerana percaya kepada sebuah institusi yang membawa amanah ibadah.
*Pautan laporan penuh di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment