Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini menggesa Putrajaya mengambil pendirian lebih tegas dalam menangani isu pelarian dan pendatang tanpa izin, dengan mendakwa rakyat sudah marah dengan masalah yang disifatkannya seolah-olah tiada penghujung.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2027, Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mencadangkan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi menangkap pendatang tanpa izin, termasuk menggerakkan anggota tentera untuk membantu Jabatan Imigresen memberkas dan menghantar mereka pulang ke negara asal.
"Saya cadangkan agar kerajaan melaksanakan operasi besar-besaran menangkap pendatang asing tanpa izin di seluruh negara dan menghantar mereka balik ke negara asal.
"Kita tahu mungkin ada yang kata Imigresen tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk melaksanakan operasi ini."
*Pautan laporan penuh di ruangan komen.

No comments:
Post a Comment