2022 - datang PRU15.
Rakyat memberi keputusan yang tidak menghasilkan majoriti mudah kepada mana-mana gabungan.
PH 82.
PN 74.
BN 30.
Akhirnya terbentuklah Kerajaan Perpaduan.
Sekali lagi sejarah meletakkan kita dalam keadaan yang pelik.
Kali ini kita kena duduk bersama UMNO dan Barisan Nasional.
Saya ini bukan orang yang tidak pernah hentam UMNO.
Macam-macam saya kata dahulu.
Tetapi bila keputusan sudah dibuat untuk kita membentuk kerajaan bersama, prinsip saya tidak berubah.
Kalau berkawan, berkawan sungguh-sungguh.
Saya tidak mahu separuh-separuh.
Hubungan saya dengan Zahid Hamidi baik.
Dengan Tok Mat Hasan baik.
Dengan menteri-menteri UMNO baik.
Dengan pimpinan Wanita UMNO pun cukup baik.
Bila mereka membantu calon kita di Pulai dan Simpang Jeram, kita menghargainya.
Kemudian apabila BN bertanding, saya beritahu orang AMANAH:
Turun kerja.
Kerja sungguh-sungguh.
Di Pelangai kita turun.
Di Mahkota kita turun.
Di Nenggiri kita turun.
Di Ayer Kuning kita turun.
Ada tempat sampai saya sendiri naik pentas berkempen untuk calon BN.
Pertama kali macam di Pilihanraya Rompin memang kekok.
Orang yang berpuluh tahun ceramah lawan BN, tiba-tiba naik pentas suruh orang pangkah BN.
Tetapi saya buat.
Kenapa?
Sebab saya hendak menghormati persahabatan.
Malah dalam beberapa bulan lepas, perbincangan tidak rasmi saya buat dengan SUA UMNO mengenai pilihan raya akan datang.
Kita berbincang tak rasmi - Kerusi mana UMNO lebih berpotensi, kita bantu.
Kerusi mana PH lebih berpotensi, mereka bantu.
Kalau AMANAH akhirnya terpaksa bertanding sedikit kerusi demi memastikan Kerajaan Perpaduan kekal, kita pun sanggup bincang.
Itulah sikap kita.
Bukan semua mesti untuk AMANAH.
Yang penting kerajaan stabil dan rakan-rakan saling menghormati.
Itulah cara saya memahami perkataan perpaduan.
BERSAMBUNG BAB 5…
#PartiAmanahNegara
#MohamadSabu

No comments:
Post a Comment