KRISIS KEWANGAN

 

Ahmad Faizzudin


Krisis kewangan.





Apa maksud krisis kewangan?. Terlalu banyak kerugian dan mustahil dipulihkan tanpa bantuan.


Kalau satu dua pelaburan rugi, itu biasa. Macam kes e-fishery oleh dana KWAP. Rugi sebab penipuan pemilik syarikat di Indonesia yang menipu buku akaun mereka.


Akhirnya di tangkap, didakwa dan masuk lokap. 


Satu pelaburan rugi. Tapi KWAP alami krisis kewangan?. Tidak. Sebab in total masih untung besar. Asset Under Management (AUM) masih berkembang pesat.


—


Berbeza dengan kes Tabung Haji.


Terlalu banyak kerugian pelaburan. Dan kebanyakan angka yang besar. In total berbelas bilion kerugian direkodkan.


Tapi dalam laporan kewangan 2014-2017 dilaporkan untung. Itu penipuan!. 


TH hadapi masalah insolvency. Aset lebih rendah daripada liabiliti. 


Sebab tu RCI Tabung Haji kata ini krisis kewangan!.


—


Kalau laporan RCI pun awak tolak, saya hairan betul. Awak nak negara ni total rosak baru nak percaya ke macam mana?.





No comments: