BAB 1 — 2008 DAN 2013: KITA BELAJAR POLITIK TIDAK BOLEH SENDIRIAN






Saya hendak bawa sedikit perjalanan sejarah.


Tahun 2008 berlaku perubahan besar dalam politik Malaysia.


Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga. Pembangkang ketika itu berjaya membentuk kerajaan di lima negeri.


Datang pula Pilihan Raya 2013.


Sokongan kepada Pakatan Rakyat bertambah sehingga memperoleh lebih 50 peratus undi popular, tetapi masih belum berjaya mengambil alih Putrajaya.


Dua pilihan raya kita lalui.


Daripada situ kita belajar satu perkara.


Kalau hendak membuat perubahan besar, kita tidak boleh berjalan seorang diri.


Politik memerlukan kekuatan.


Kekuatan memerlukan kawan.


Dan untuk mencari kawan, kadang-kadang kita terpaksa mengetepikan ego, sejarah permusuhan dan perbezaan yang panjang.


Bukan kerana kita hilang prinsip.


Tetapi kerana ada masa dalam politik, kita kena melihat perkara yang lebih besar daripada diri dan parti kita sendiri.


BERSAMBUNG BAB 2…


#PartiAmanahNegara 

#MohamadSabu





No comments: