BAB 3 — SHERATON: BILA KEPERCAYAAN PECAH







Kemudian datang Langkah Sheraton.


Saya tidak mahu cerita panjang perkara itu.

Semua orang tahu apa yang berlaku.


Kerajaan yang kita bina selepas kemenangan 2018 akhirnya tumbang selepas beberapa pimpinan Bersatu dan PKR khianat PH.


Bagi saya, itulah antara episod paling menyedihkan sepanjang saya berada dalam politik.


Kalau kalah pilihan raya, saya boleh terima.


Saya bertanding sejak 1982.

Menang ada.

Kalah pun banyak.


Kalah pilihan raya, balik rumah. Lima tahun lagi lawan.


Tetapi bila sebuah kerajaan jatuh kerana kepercayaan sesama rakan pecah, sakitnya lain.


Daripada Sheraton kita sepatutnya belajar sesuatu:


Kerajaan bukan sekadar dibina dengan nombor. Kerajaan dibina dengan kepercayaan.


Kalau kepercayaan itu hilang, 120 kerusi pun boleh berpecah.


Sebab itu selepas Sheraton, saya lebih menghargai satu perkara dalam politik.


Kalau kita sudah bersetuju berkawan, jangan main belakang. Walaupun ‘dibenarkan’ atas nama strategi tapi amat tidak bermoral. 


BERSAMBUNG BAB 4…





No comments: