MOTHER OF BOMB MADE IN MALAYSIA














 




Pasti ramai pembaca page Malaysia Civilization tidak mengetahui bahawa negara kita juga ada menghasilkan aircraft bombs bersaiz besar. Dimana Syarikat SME Ordnance (SMEO) Sdn Bhd yang berpengkalan di Batu Arang, Selangor ada menghasil aircraft bomb MK80 Series termasuk MK82 dan MK84.


Malah dalam siri lawatan Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato Seri Khaled Nordin ke kilang SMEO pada 22/09/2026. Terdapat gambar keratan rentas aircraft bomb dipercayai MK84 yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.


Aircraft bomb MK84 adalah merupakan bom  paling besar yang dihasilkan di negara kita Malaysia. Dimana aircraft bomb MK84 ini ibarat "mother of bomb" buatan negara kita Malaysia. Dimana saiz, berat dan kuasa pemusnah yang dimiliki oleh aircraft bomb MK84 buatan tempatan ini menyebabkan admin memanggilnya "mother of bomb made in Malaysia".


Spesifikasi Aircraft Bombs MK84


Berat:- +2,000 Ib/907kg


Diameter:-18 inci/45.7cm


Panjang:- +10 kaki 9 inci/3.28 m


Bahan Peledak:- 945 Ib/429 kg


Panduan:- tidak berpanduan tetapi boleh dipadankan dengan kit panduan JDAM




No comments: