MELINGKUP LAGI.

 




Pengerusi UiTM Holdings yang juga pemimpin UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya mengakui syarikat milik penuh UiTM itu pernah mencatatkan kerugian terkumpul RM157 juta.


Bagaimanapun, beliau berkata UiTM Holdings kini mempunyai pelan pemulihan bagi memperbaiki prestasi syarikat selepas berdepan kerugian tersebut.


Penjelasan itu dibuat susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengurusan dan tadbir urus UiTM Holdings diteliti bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam syarikat berkenaan.


Menurut rekod Kementerian Pendidikan Tinggi, angka RM157 juta itu bukan kerugian dalam tempoh setahun.


Ia merupakan jumlah kerugian sebelum cukai terkumpul bagi empat tahun kewangan iaitu 2017, 2018, 2019 dan 2021.


Fathul Bari berkata kerugian itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk prestasi anak syarikat serta pelaburan terdahulu.


Namun beliau menegaskan UiTM Holdings kini sedang melalui proses pemulihan dan penstrukturan bagi memastikan syarikat bergerak ke arah lebih baik.


Isu berkenaan kembali mendapat perhatian selepas seorang peserta dalam Himpunan Mesra Alumni UiTM membangkitkannya secara terus kepada Anwar.


Anwar kemudian mengarahkan supaya perkara itu diteliti.


Menariknya, Perdana Menteri tidak terus membuat kesimpulan bahawa kerugian tersebut berpunca daripada penyelewengan.


Sebaliknya beliau meminta siasatan dan penelitian dibuat terlebih dahulu.


Kalau sekadar kelemahan pengurusan, baiki.


Kalau pengurusan bermasalah, tukar.


Tetapi kalau benar ada kecurangan, Anwar menegaskan tindakan mesti diambil.


Isu RM157 juta ini sebenarnya bukan baharu.


Pada 2023, Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan di UiTM Holdings.


SPRM ketika itu turut membuka siasatan berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan kerugian syarikat tersebut.


Kini tiga tahun kemudian, isu sama kembali menjadi perhatian.


Bezanya kali ini, orang yang mengetuai UiTM Holdings sendiri tampil menjelaskan bahawa pelan pemulihan sudah tersedia.


Jadi sekarang bukan sekadar soal angka RM157 juta.


Persoalannya ialah apa sebenarnya yang menyebabkan kerugian itu berlaku, apa yang sudah diperbaiki dan sejauh mana pelan pemulihan tersebut berjaya.


Anwar sudah minta ia diteliti.


Pengerusi UiTM Holdings pula sudah mengakui kerugian itu dan berkata pelan pemulihan sedang dilaksanakan.


Sekarang buka sahaja semuanya dengan telus.


Kalau sekadar keputusan perniagaan yang gagal, jelaskan.


Kalau kelemahan pengurusan, perbaiki.


Dan seperti kata Perdana Menteri sendiri—


kalau ada kecurangan, ambil tindakan.




No comments: