Ahmad Hussein
Walau saya kritik sikap keras Hadi era 80an dulu, tapi sebenarnya saya serba salah juga dek kerana saya sedar realiti zaman tersebut, yakni era PM-4 dulu memang parah sekular.
Zaman dulu, drama² TV setakat adegan gadis Mel∆yu pakai seluar pendek terterap atas katil benda biasa saja, Puteri² UMNO pula ketika itu trending rambut berjambul, cumanya zaman sekarang saja trending puteri UMNO bertudung bawal, tapi dulu trend berjambul.
Era 70an, 80an memang sekular, bahkan ada pemimpin UMNO era PM-4 Mahadzer berfahaman “Ala Batiniah” yakni Islam dalam perut tanpa Syiar yang menyala, jenis sembang Hakikat Ma'arifat versi Ismail Lepat dreadlock.
Maka dulu gerakan Islam seperti ABIM dan lain-lain menjadi lantang agresif mahukan perubahan islam khasnya pasca revolusi Iran 1979.
Amanat ghulluw Hadi Awang dibuat ketika era membara semangat revolusi Iran dek pengaruh Khomeini yakni awal 80an, ketika itu trending dikalangan mahasiswa mahukan perubahan ke arah islamik dalam bernegara.
Salah seorang anak muda yang berjuang pada zaman tersebut adalah Bang Mat Sabu kita, beliau lahir dari gerakan Islam iaitu ABIM.
Anwar Ibrahim pula pada era tersebut dah merasa dihumban ke tahanan I.S.A kerana lantang kritik kerajaan diatas pentas ABIM.
Namun kelantangan suara mereka tanpa kakitangan Islamis dalam kerajaan tidak akan kemana, lalu Anwar berijtihad join Mahadzer tahun 1982; berijtihad kerana mahu bawa perubahan ke arah islamik dalam bernegara.
Lalu bermula gerakan islamisasi dilakukan team Anwar dalam UMNO/KERAJAAN hingga tertubuh Bank Islam, UIAM, dan banyak lagi kerja-kerja Islam dilakukan team Anwar bagi menghakis budaya hidup sekular.
Bahkan, Anwar ketika dalam UMNO turut menentang fahaman “Ala Batiniah” seperti Geng Kasim Ahmad, disamping itu Anwar pastikan juga pelapis pemimpin UMNO dikalangan pemuda mestilah memiliki spirit perjuangan Islam, salah seorangnya Zahid Hamidi yang memang anak kepada sosok ilmuan Islam, era Reformasi juga Zahid turut serta, cumanya terpaksa u-turn dek tekanan kuat Mahadzer, namun ia ada hikmah-Nya.
Maka, bilamana saya bercakap soal sikap keras Hadi Awang dulu, namun saya berasa serba salah juga, kerana realiti era 80an zaman PM-4 memang parah sekular, adapun sedemikian, kita sebagai Ahlussunnah Wal Jama'ah tetap tak boleh hambur kalam Takfir selagi seseorang itu bersyahadah Kalimah Toyyibah yang sama kiblat.
Pada hemat saya, sebenarnya Mahadzer itu sosok yang berfahaman sekular merangkap Ultra Kapitalis dalam aspek ekonomi.
(Lihat budaya hidup anak cucunya, Na'uzubillahiminzalik)
Mujurlah Anwar dulu berijtihad menyelinap masuk dalam kerajaan untuk bawa perubahan Islam, serta Anwar lawan korupsi Taikun² Kapitalis, sudahnya Anwar kena pecat lagi diaibkan dengan pelbagai tohmahan, ia harga yang Anwar perlu bayar dalam berjuang.
Itu sejarah tanah air kita dulu.
Anak muda perlu tahu sejarah itu.
Wahai anak muda,
Jangan pernah kalian sangka negara kita era Mahadzer dulu sama seperti hari ini yang penuh dengan syiar dakwah dan program islamik dikaca tv, jangan sangka begitu.
Kerana zaman dulu memang parah sekular.
Adapun hari ini kita dapat merasa nuansa syiar islam disebabkan hasil pengorbanan para pejuang terdahulu seperti Pak Syeikh ABIM yakni Anwar rela berkorban diatas ijtihadnya demi membawa perubahan.


No comments:
Post a Comment