SEMALAM DI SEGHOMBAN



Norman Radzuan.






Semalam di Seghomban ( Seremban ) bertemu kawan lama disertai seorang lagi kawannya. Sengaja saya ke sana utk mendalami ‘mood’ politik semasa N9.


Kebetulan dia penyokong parti Keris Tanpa Sarung. Tapi mcm kawan2 lain saya boleh duduk semeja dengan mereka. Itu bezanya saya dan Onn… berbeza ideologi tapi boleh duduk pekena kopi semeja.


Bila dua2 kaki politik… topik politik main perbualan selain kisah Cinggey lama dan keluarga. Kedua kami memang suka bergurau.


Saja den usik dia, kenapa UMNO N9 tak pertahankan Tuanku Mukhriz.


Jawabnya, : “ Ekau tak faham adat N9…”. 


Saya balas: “Ok den tak faham adat… jelaskan kan lah.”


Jawabnya : “ Adat N9 ini 4 Undang tu berhak utk menurunkan takhta Tuanku Mukhriz.”


Saya balas : “ Aik mudahnya, kalau 4 ini sepakat atas sb peribadi… mudahnya seorang Raja kena turun takhta?”


Jawabnya: Aah gitu la.


Saya balas: ( Bila dia jawab begitu saya tahu dia sendiri pun tak faham perlembagaan Undang2 N9, jadi saya ambil peluang ). 


Kalau ekau baca skg dekat google pun ada beritahu, Berdasarkan Undang2 Tubuh Negeri Sembilan, Undang Yang Empat tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memecat atau menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar secara unilateral.


Jawabnya: Rais Yatim tu pakar undang2… dia tahu la Man… ekau ni memandai mandai. Undang Yang Ompat ini boleh melantik, Yang Ompat ini juga boleh melucutkan. 


Saya balas: Betul ikut adat tapi kena beradab. Kena panggil Tuanku sebab apo? Bagitau dkt Raja dulu, bukan terus lantik Raja baru… Tuanku Mukhriz tu Raja, bukan ketua kelas yang suka hati nak tarik jawatannya (kedudukan baginda).


Den nak tanya Tuanku Mukhriz dah hilang upaya ka, dah gila ka, langgar martabat Istana ka??? Undang Yang Empat tak bulih main pacat macam tu yo. Kono ado siasatan yang ponuh dan longkap utk buktikan salah laku tu.


Nak buang orang kojo pun kena DI dulu…ini kan Raja.


Jawabnya: Pasal itu Den tak tahu mungkin ada sebab tertentu Undang 4 marah (confirm dia pun tak baca atau tidak faham Perlembagaan atau adat Perpatih ini).


Saya balas: Marah je mana boleh gitu. Den nak tanya ini, dekat Selangor bukan main turun demo konon bela Sultan, kenapa di N9 UMNO sini tak pertahankan Tuanku.


Jawabnya: Kami tak mahu masuk campur.


Saya senyum dan hentikan isu tersebut sebelum menjadi panas. Adat berkawan perlu beradab. Lagi pun sekejap lagi dia nak belanja Ikan Keli Cili Padi.


Pandangan peribadi saya selepas beberapa kali turun ke N9, sedikit kelebihan kepada PH memandangkan rakyat N9 marah tindakan Jalal dan mereka sangat kasihkan Tuanku Mukhriz.


Malah seorang rakan yang ditemui memberitahu pilihanraya N9 ini bukan sahaja perlawanan antara PH vs BN tetapi seolah olah nak pilih Tuanku Mukhriz kena pilih PH atau sebaliknya.


Wah menarik apa yang berlaku di N9 sekarang ini. Saya akan turun lagi untuk melihat mood orang Nogori.






No comments: