KENAPA UMNO JOHOR SERAH 5 KERUSI MELAYU PADA MCA DAN MIC?

 




PAS yakin akan menjadi pembangkang di Johor.

KENAPA UMNO JOHOR SERAH 5 KERUSI MELAYU PADA MCA DAN MIC?


Kali ini PAS begitu yakin boleh menjadi pembangkang di Johor. BERSATU belum keluarkan kenyataan keyakinan mereka utk menjadi pembangkang sepertimana rakan parti komponen PN yg lain.


Kempen sana sini konon nak tegakkan Islam… tiba2 PRN Johor PAS nak jadi pembangkang. Lagi melucukan tiap2 hari ratib Dap Dap Dap… tiba masa bertarung… satu kerusi pun PN tak lawan DAP.


Yg lawan DAP ialah MCA dgn UMNO. Faktanya 


N.02 Jementah - DAP vs MCA

N.06 Bekok - DAP vs MCA 

N.10 Tangkak - DAP vs MCA 

N.12 Bentayan - DAP vs MCA 

N.19 Yong Peng - DAP vs MCA

N.22 Parit Raja - DAP vs UMNO

N.23 Penggaram - DAP vs MCA

N.28 Mengkibol - DAP vs MCA

N.30 Paloh - DAP vs MCA 

N.40 Tiram - DAP vs UMNO

N.42 Johor Jaya - DAP vs MCA

N.45 Stulang - DAP vS MCA

N.46 Perling - DAP vs MIC

N.48 Skudai - DAP vs MCA

N.50 Bukit Permai - DAP vs UMNO

N.52 Senai - DAP vs MCA

N.55 Pekan Nanas - DAP vs MCA


Yg lagi satu tak mahu duduk semeja dgn wakil Cina… tiba2 calon BN lebih ramai Cina dari PH. Cina MCA atau Cina PH yg control Johor ini? Malah PH lebih ramai wakil Melayu berbanding BN mahupun PAS atau BERSATU di Johor.


PH - Calon keturunan Cina 13 org

BN - Calon keturunan Cina 15 org

PH - Calon keturunan India 4 org

BN - Calon keturunan India 4 org

PH -Calon keturunan Melayu 39 org

BN -Calon keturunan Melayu 37 org


Sebab itu bangsa ku… jgn dgr sembang atas pentas… boleh bergegar bumbung khemah. Tapi bila waktu bertarung… fakta dan data menunjukkan sebaliknya.


Lepas itu berdegah degah perpaduan Ummah… PAS dan BERSATU satu rumah tapi alamat lain2. Bersatu apa namanya tu? 


Itu belum lagi PN dan BN… akhirnya bangsa Melayu yg ramai terpedaya sentimen Melayu terancam kena scam dgn game org politik.


Tuan Guru Hadi Awang berkata, “Apa yg penting saya nak tengok Johor diperintah oleh org Melayu Islam.” Ana nak beritahu TGHA….samada PH, BN mahupun PN jadi kerajaan, Johor tetap diperintah org Melayu.


Sebab utama Johor negeri bersultan dan fakta kerua kerusi Cina hanya ada 15 sahaja.  


———————————————————————————-


Buat bangsa Melayu cuba anda lihat fakta di bawah ini yg ditulis rakan saya Adrian.


KENAPA UMNO SERAH LIMA KERUSI MELAYU KEPADA CINA INDIA MCA MIC?


Saya teliti senarai calon BN yang diumum pada sebelah petang tadi dan mendapati seperkara yang menarik.


UMNO telah menyerah 5 kerusi majoriti Melayu kepada calon-calon Cina India.


5 kerusi majoriti Melayu ini adalah:


• N27 LAYANG-LAYANG: Melayu 55%, Cina 30%, India 13%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N30 PALOH: Melayu 46%, Cina 36%, India 16%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N55 PEKAN NANAS: Melayu 55%, Cina 42%, India 1%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N04 KEMELAH: Melayu 54%, Cina 30%, India 5%

-> Diserah kepada India MIC


• N31 KAHANG: Melayu 73%, Cina 21%, India 3%

-> Diserah kepada India MIC


(*Komposisi kaum berdasarkan daftar pemilih tahun 2022)


Johor mempunyai 14 kerusi DUN di mana komposisi kaumnya adalah majoriti Cina dan minoriti Melayu.


BN telahpun mencalonkan Cina India MCA MIC di kesemua 14 kerusi-kerusi ini.


Tidak ada satu pun kerusi majoriti Cina India ditanding oleh Melayu UMNO.


Tetapi dalam kalangan kerusi-kerusi Melayu pula, UMNO telah menyerah 5 kerusi Melayu kepada Cina India MCA MIC.


Paling menarik, N27 Layang-layang.

Penyandangnya orang Melayu sejak tahun 2004.

Lima penggal ditanding dan dimenangi oleh orang Melayu.


Onn Hafiz MB Johor sendiri pernah menjadi ADUN Layang-layang pada tahun 2018.


Tiba-tiba pada tahun ini, kerusi Melayu N27 Layang-layang diserah kepada calon Cina MCA.


Kenapa saya bangkitkan perkara ini?


Walaupun saya Cina dan kebanyakan orang Cina tidak akan setuju dengan pandangan saya, tetapi saya berpendirian bahawa cukup lah 14 kerusi majoriti Cina India itu ditanding oleh Cina India MCA MIC. It is fair kerana Cina India sememangnya merupakan kaum minoriti.


Tidak ada keperluan UMNO menyerah 5 kerusi Melayu tambahan kepada Cina India MCA MIC.


Malaysia (dan Johor) adalah komuniti majmuk. Benar. Tetapi majoriti warganegara Malaysia (dan Johor) adalah kaum Melayu. Maka komposisi di mana Melayu sebagai majoriti itu harus dicerminkan.


Kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dengan majoriti orang Melayu akan wujudkan keadaan yang stabil. 


Sebelum ini, beberapa pemimpin MCA telah mendesak supaya UEC diiktiraf. Ada juga ahli majlis MCA menghina wanita Islam bertudung.


Jadi bayangkanlah sekiranya wakil rakyat kawasan Melayu adalah orang Cina, apakah yang akan berlaku?


Apakah pendirian wakil rakyat Cina MCA apabila timbul desakan supaya UEC diiktiraf?

Cina MCA akan sokong pendirian majoriti Melayu yang tidak mahu UEC, atau sokong kelompok Cina yang mahu UEC diiktiraf?


Apakah pendirian wakil rakyat India MIC apabila timbul desakan supaya biasiswa pendidikan disamaratakan di antara kaum?

India MIC akan sokong pendirian majoriti Melayu yang mahu kekalkan kedudukan istimewa Bumiputera, atau sokong pendirian kelompok India yang mahu biasiswa pendidikan disamaratakan?


Jadi apa sebabnya UMNO menyerah lima kerusi Melayu kepada Cina MCA dan India MIC? Apa keperluan berbuat sedemikian? Adakah wujud tokey-tokey di


Kredit : Adrian






No comments: