Seorang pempengaruh, Awie MBR, mendakwa dirinya diugut oleh seorang remaja Rohingya selepas menghasilkan kandungan yang menyentuh mengenai komuniti berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Awie turut berkongsi beberapa tangkap layar yang memaparkan individu terbabit mengeluarkan ugutan terhadapnya.
"Korang tengok sendiri mereka ugut abang koroy sampai macam ni? Content menari dekat negara sendiri pun dorang tak bagi?
“Siap boleh bawa motor lagi mana dorang dapat lesen?” tulisnya.
Antara ugutan yang dihantar kepada Awie berbunyi;
“Nasib ko depat lari awal dari cheras, kalau malam ko ada time tu ko tunggu, kepala ko hilang mne..”
Rata-rata warganet menganggap ugutun tersebut sangat serius kerana bersifat ugutan bunuh.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden yang didakwa berlaku.
Sumber: awie mbr

No comments:
Post a Comment