KISAH PMX & 3 MENTOR













Sewaktu di Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PMX) berkongsi satu rahsia mahal tentang bagaimana beliau dididik oleh tiga tokoh ilmuwan gergasi dunia: Almarhum Syeikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Almarhum Prof. Dr. Ismail Raji' al-Faruqi, dan Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim.


Ketiga-tiga ilmuwan hebat ini akan memastikan PMX membaca dan menelaah karya-karya penting sebelum bertemu dan berbincang.


Prof. Ismail al-Faruqi bagi masa 2 minggu saja untuk PMX khatam buku "Muslim Society" (Earnest Gellner). Setelah sampai masanya, Profesor Ismail al-Faruqi akan bertanya pelbagai soalan yang hanya akan dapat dijawab sekiranya membaca buku tersebut. 


Antara soalan awal yang ditanya apakah perbezaan teori dan pemikiran Ibnu Khaldun dan saranan khususnya terhadap rantau Afrika Utara? Bukan biasa-biasa.


Syeikh Taha Jabir pula meminta PMX menelaah karya agung beliau, "La Ikrahafiddin" sebelum mereka berdiskusi secara mendalam. PMX pernah berjiran dengan Syeikh Taha semasa mengajar di Georgetown University, Washington DC dan memang selalu berkunjung ke rumah Syeikh Taha bersama keluarga.


Prof. Ahmad Ibrahim (tokoh undang-undang negara) menasihatkan PMX membaca karya beliau, "Islamic Law in Malaya". Hasilnya? Lahirlah sejarah besar negara - pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988! Pindaan ini berjaya diluluskan di Parlimen dan menjadi sejarah penting negara.


Jika tokoh-tokoh luar negara seperti Prof. Ismail al-Faruqi atau Syeikh Taha Jabir al-Alwani membentuk pemikiran global beliau, Prof. Diraja Ungku Aziz, Prof. Diraja Syed Naquib al-Attas, dan Prof. Syed Hussein al-Attas pula adalah watak-watak tempatan yang mengasah bakat kepimpinan, pemikiran Islam, dan kecintaan PMX terhadap budaya ilmu sejak zaman mudanya di tanah air.


Bertuah sungguh PMX dapat bimbingan langsung daripada para murabbi hebat ini.


Buat anak muda, kalau nak jadi pemimpin hebat masa depan, kuncinya adalah baca, hadam, dan hargai guru kita. Tiada jalan pintas dalam menuntut ilmu! 


Moga kita semua terus istiqamah menjejaki langkah para ulama' dan cendekiawan, insya-Allah.


🤲🇲🇾


#SebarkanSalam

#MadaniMembantu





No comments: