ALAHAI...KO BERTANDING BERAPA KERUSI ?

 


Bertanding kerusi pun 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵, nak beri mandat memerintah macamana? Apa jenis lawak ni?




Yang menariknya, dia dakwa PH tak selesaikan lagi masalah rakyat. Tapi dia tak cerita mana datangnya masalah rakyat tu?


Masalah kita meruncing masa PAS/PN memerintah. Masa tu ringgit jatuh merudum, perusahaan tutup, ekonomi lebur, harga barang keperluan seperti ayam, telur, minyak masak meroket, kadar pengangguran meningkat dan lebih parah, dana negara kena 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂.


Masalah tu semua berlaku zaman PN. Dan PN tak selesaikan satu pun. Tubuh jawatankuasa jihad la kononnya tapi hasil 𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸.


Rakyat sampai keluarkan 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘁𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 tapi PN mengaku itu bantuan daripada mereka. Tak reti malu betul! Dia tak sebut pulak semua ni.


Zaman 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶, pelaburan naik, ringgit mengukuh, pengangguran menurun, inflasi stabil, kadar 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 menurun dan harga barangan keperluan kekal rendah (turun banyak berbanding zaman PN) walau tanpa subsidi.


Tengok SG4 je cukup. Sampai hari ni, tiada apa-apa kemajuan pun yang mereka bawa. Pengumuman je lebih. Umum itu, umum ini, lepas tu senyap.


Projek yang kerajaan pusat biaya pun dia tak mampu siapkan. Ada yang nak bagi bonus pun kena tunggu dana daripada Pusat. 𝗥𝗲𝗯𝗮𝗻 betul!


Jatuhkan PH dan pilih PN umpama bercerai dengan CEO dan kahwin dengan penagih dadah.  Menghina akal sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




No comments: