PRU Johor: Lepas Bendera PH Dibakar, Papan Tanda Calon PH Dikoyak

 


Billboard kempen calon PH bagi DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim dikoyak dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab pada 28 Jun 2026.

KOTA TINGGI, 29 Jun – Selepas bendera Pakatan Harapan (PH) dibakar di DUN Tanjung Surat, satu lagi perbuatan khianat dikesan berlaku apabila papan tanda (billboard) kempen calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Fakharuddin Moslim dikoyak dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

​Menerusi satu kenyataan media, Mohd Fakharuddin menyifatkan perbuatan khianat tersebut berlaku kerana ada pihak tertentu yang berasa tidak senang dengan kempen yang sedang dijalankannya.

Billboard kempen calon PH bagi DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim dikoyak dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab pada 28 Jun 2026.

​”Nampaknya ada yang tak senang dengan kempen kami sampai billboard pun jadi sasaran.

“Tak apa. Billboard boleh diganti, tapi semangat kami untuk berkhidmat kepada rakyat Pasir Raja tidak akan pernah luntur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Billboard kempen calon PH bagi DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim dikoyak dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab pada 28 Jun 2026.

​Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua pihak agar bersaing secara matang sepanjang tempoh berkempen.

​”Mari kita berkempen secara sihat dan biar rakyat yang menentukan pilihan mereka di peti undi,” katanya lagi.

Billboard kempen calon PH bagi DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim dikoyak dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab pada 28 Jun 2026.

​Susulan kejadian itu, Fakharuddin memaklumkan satu laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.



No comments: