Bang Mat seru pengundi pilih pemimpin bekerja untuk rakyat, sokong PH di DUN Mahkota


 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru pengundi DUN Mahkota memilih pemimpin yang bekerja untuk rakyat, dengan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Zuhan.

Berucap pada ceramah kempen di DUN Mahkota malam tadi, beliau berkata, Dr. Zuhan membawa semangat perpaduan serta iltizam untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Menurutnya, Johor memerlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat, bukannya sekadar berpolitik.

“Kita mahu membina negeri yang terus maju, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengukuhkan ekonomi tempatan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau turut mengajak pengundi DUN Mahkota memberikan sokongan kepada calon PH, Dr. Zuhan.

“Undilah calon nombor tiga, Dr. Zuhan daripada Pakatan Harapan. Bersama-sama kita bawa harapan baharu, memperkukuh perpaduan dan membina Johor yang lebih makmur untuk semua,” katanya.

Sementara itu dalam perkongsian berasingan di Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR itu merayu rakyat Johor untuk memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah An-Nisa: 58)


No comments: