Dari rumah ke rumah, dari hati ke hati. ❤️
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyantuni penduduk di Kampung Mensudut Lama.
Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila ramai yang berkata, “Terima kasih kerana sudi datang sendiri ke rumah kami.” Bagi saya, ucapan itu cukup bermakna.
Setiap rumah yang saya kunjungi mempunyai cerita yang berbeza. Ada yang berkongsi cabaran kehidupan, ada yang menitipkan harapan, dan ada juga yang sekadar mahu meluangkan sedikit masa berbual. Semua itu saya dengar dengan penuh rasa syukur kerana bagi saya, setiap suara rakyat adalah amanah.
Terima kasih atas layanan yang begitu mesra, senyuman yang ikhlas dan doa yang tidak putus-putus diberikan.
Insya-Allah, saya akan terus turun padang, mendekati masyarakat dan memastikan setiap denyut nadi rakyat terus didengari.
Rozy Razit
Calon Nombor 2 N.01 Buloh Kasap
Johor ke Depan, Undi HARAPAN 🚩
#RozyRazit
#SuaraBulohKasap
#PRNJohor2026
#JohorkeDepanUndiHarapan
#CalonNo2BulohKasap






No comments:
Post a Comment