👉
Kementerian Pertahanan Malaysia telah menyenarai pendek empat buah negara sebagai pembekal berpotensi bagi sistem peluru berpandu anti-kapal projek Kapal Tempur Pesisir (LCS). Langkah ini diambil selepas kerajaan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia atas faktor keselamatan negara mereka.
Sebagai tindak balas, kementerian telah mengemukakan tuntutan ganti rugi bernilai RM1 bilion terhadap syarikat pertahanan berkaitan susulan pembatalan tersebut.
Empat Negara Calon Pengganti - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan bahawa negara-negara yang sedang dipertimbangkan adalah :
1) Turkiye
2) Korea Selatan
3) Dua buah negara Eropah
Untuk 2 buah negara eropah tersebut kemungkinan negara yang mengeluarkan variasi Exocet, dan Taseo MK2E.
Kriteria Utama Pemilihan Peluru Berpandu
Pemilihan sistem baharu ini tidak hanya bergantung pada spesifikasi asas, malah fokus kepada beberapa kriteria kritikal.
Integrasi Sistem (CMS) - Peluru berpandu gantian mesti boleh disepadukan dan beroperasi sepenuhnya dengan Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS) buatan Perancis yang sedia ada pada kapal LCS.
Tempoh Penghantaran Fast-Track - Kerajaan mengutamakan pembekal yang mampu menghantar peluru berpandu dengan kadar segera. Tempoh menunggu yang terlalu lama (sehingga lapan tahun) adalah tidak diterima bagi mengelakkan kelewatan keupayaan pertahanan maritim.
Kos dan Harga - Harga mestilah munasabah dan berpadutan dengan sistem teknologi tinggi yang ditawarkan.
Keupayaan Setanding NSM - Senjata baharu wajib mempunyai ciri-ciri halimunan (stealth), keupayaan terbang rendah merayap di permukaan laut (sea-skimming) untuk mengelak radar musuh, serta sistem sasaran berketepatan tinggi 💥
Tuan-tuan pilih yang mana ? Nyatakan dalam ruangan komen 👇
Rujukan Kementerian Pertahanan Malaysia,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG





No comments:
Post a Comment