INI DIA CONTOH PARTI PELACUR...KATA KATA YM KULI.



 Apabila ahli PAS ditanya tentang kerusi N.41 Puteri Wangsa, siapakah yang patut mereka dipilih? Tiada calon PAS atau PN di situ. Kalau PN letak calon pun, kena tengok dulu, jika daripada BERSATU tetap tak boleh undi. Walaupun dia Islam. 









Sebahagian besar komen daripada penyokong PAS ketika ini cenderung memilih MUDA kerana mereka melihat parti tersebut lebih boleh diterima dan tidak bersekongkol dengan DAP.


Namun hari ini, pendirian itu telah menjadi lebih jelas apabila pimpinan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru penyokong PAS supaya mengundi calon BN. 


Ini bermakna di N.41 Puteri Wangsa, mereka diminta mengundi Ms. Teow, walaupun beliau berbangsa Cina dan bukan beragama Islam, serta partinya juga tidak menyokong pelaksanaan hudud (sama macam DAP). Pada masa yang sama, calon MUDA dan PH diketepikan walaupun mereka berdua beragama Islam. Calon PH juga terbukti membawa suara umat Islam di seluruh dunia termasuk isu P.


Justeru, selepas ini janganlah lagi menjadikan isu agama atau kaum sebagai ukuran mutlak dalam kempen politik. Hakikatnya, keputusan politik sering dibuat berdasarkan strategi, gabungan dan pertimbangan kepentingan yang lebih luas. Ya, sudah pasti - ia memang dibenarkan oleh agama Islam. 


Bagi pengundi pula, fokus utama sepatutnya ialah memilih calon yang benar-benar berkelayakan, berilmu, berpengalaman, berintegriti dan mampu berkhidmat untuk kepentingan rakyat serta negara, tanpa mengira kaum atau agama semata-mata.


---

Syihabudin Ahmad





No comments: