JANGAN LUPA WAKTU ANWAR DITEKAN


















Selepas langkah Sheraton, sewaktu Anwar ditekan
hebat
dari luar dan dalam, di mana kamu?
Siapa yg terus bersamanya? Kalau kamu tidak boleh membantunya, jangan memberatkan lagi beban ke atasnya. Waktu parti di medan perang pilihanraya, di mana kamu? Kamu tunggu parti tewas, kemudian kamu hentam Anwar secukup2nya. Puas hati kamu kan?
Tewasnya parti di Melaka dan Sarawak dlm perang yang amat berat sebelah di mana demokrasi langsung tidak berfungsi, parti masuk gelanggang dengan mulut, kaki dan tangan diikat, kita tewas lagi, di mana kamu? Kamu hentam Anwar, kononnya Anwar sudah "expired".
Sekarang PRN di Johor. Satu lagi peperangan yang cagarannya adalah "maruah" parti. Percayalah, mereka akan turun kali ini bukan kerana maruah parti tetapi kerana pemilihan parti akan berlaku selepas ini. Jika kita menang kali ini hatta satu kerusi sekalipun, mereka akan "claim' inilah kejayaan kami bukan kerana perjuangan Anwar Ibrahim.
Bagi pejuang2 parti, teruskan berjuang tanpa henti dan rehat, jangan berputus asa, jangan merajuk, jangan ego dan sombong. Belajarlah dari Anwar yang akan terus bekerja samada berlaku pilihanraya atau tidak, berlaku pemilihan parti atau tidak.
WFAUZDIN NS