HADITH BAGINDA RASULULLAH S.A.W. BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA.




1) ADAKAH mengambil racun, kotoran dan penyakit yg telah kita saksikan mendatangkan kemudharatan kpd sebahagian org adalah IKHTIAR? Tidak kah Allah akan tanya kita apa kita sudah buat dgn NIKMAT SIHAT yg Dia telah kurniakan?
2) Boleh ke sedang sihat kita ambil penyakit masuk dlm badan kemudian kita kata kita IKHTIAR utk lawan penyakit? Tetiba sakit? Anda yakin anda tidak bersalah kerana memudharatkan diri?
3) Bukankah konsep IKHTIAR dan TAWAKKAL ialah kita berusaha sehabis mungkin dalam kerangka syariat dan yg diredhoi sebelum kita berserah pd Allah? Dah usaha cari ubat ke belum yg ambil jalan singkat haruskan dan wajibkan sesuatu yg terbukti kotor?
Mari kita renungkan Hadith ini....
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐛𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐝𝐚’ 𝐑𝐀, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐝𝐚 :
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
Maksudnya : “𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐛𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦.”
[Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]
***********
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐛𝐮 𝐇𝐮𝐫𝐚𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐀, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐝𝐚 :
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ
Maksudnya : “𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐭𝐨𝐫.”
[Riwayat Ahmad (8048)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]
4) ANDA PASTI andai berIKHTIAR? Anda PASTI itu saranan Rasulullah? Anda pasti mengambil racun, kotoran, penyakit adalah SATU-SATUNYA usaha dan ikhtiar yg betul sedangkan anda BELUM pun mencuba apa-apa kaedah yg bersih selain darinya?
Tepuk dada tanya iman.
Wallahualam.
- Zus Din

No comments: