HARAP PEMILIHAN TIDAK PECAH BELAHKAN PARTI



NORMAN RADZUAN


Dituduh geng baju hitam, kartel & Rafizi

HARAP PEMILIHAN TIDAK PECAH BELAHKAN PARTI
Sebenarnya seperti saya katakan pada artikel yg lalu kemenangan BN di Johor ada pro & kon utk PH. Apa sebenarnya yg lebih membimbangkan saya ialah pemililihan parti PKR pada 22 April nanti.
Kenapa saya bimbang? Jika kalah di Johor kita akan hilang kekuasaan di negeri Johor walaupun ia memberikan implikasi kpd PH. Tapi pemilihan parti boleh membuatkan parti ini berpuak puak akn melemahkan parti sekaligus PH hingga menjejaskan PRU15 nanti.
Bila saya menyertai parti ini barulah saya dpt melihat warna warninya. Saya tidak hairan wujud kabilah2 dlm parti kerana ia perkara biasa dlm mana2 wadah politik. Malah saya sudah mengenalinya sejak era 90an dulu.
Org ada cita2 politik tetap attitudenya sebagai org politik... itu saya faham sb keluarga saya dikelilingi org politik. Ada yg menjadi Menteri, MB, Exco dan bermacam2 lagi... jadi saya cukup mengenali style org politik.
Cuma yg luar biasa bila ia menimbulkan kebencian sesama kita hingga kita saling mencurigai. Saya bukan muda, bukan baru mengenali politik tetapi baru mengenali parti sendiri yg membuatkan saya merasa sikit kebimbangan.
Saya melihat ia bukan perkara remeh atau biasa tetapi agak luar biasa. Tahap kebencian berpuak puak kadangkala agak serius. Saya sendiri bila meletakkan foto dgn org tertentu dikatakan geng baju hitam. Kemudian bila melepak dgn kawan ini dikatakan geng kartel. Keluar makan dgn org ni dituduh sebagai org Rafizi... apa ni? ...Eh PENING la!
Nasib baik bila saya melepak dgn kawan2 UMNO mereka tak tuduh saya mata2 UMNO😂 Pernah waktu di hotel saya menjemput seorang YB baru2 ini utk solat di bilik, saya beritahu file KDN ( Kementerian Dlm Negeri ) di atas katil itu pemberian kawan saya yg bertugas di situ... takut salah faham sb saya ini jenis bercampur dgn semua.
Jadi saya harap jgn timbulkan salah faham tentang diri saya. Skg ini sdg ramcak ditimbulkan pelbagai naratif negatif pihak2 tertentu kpd pemimpin2 tertentu. Yg peliknya saya pun diwujudkan naratif kononnya mata2 kpd team2 tertentu...😂.
Selalu saya katakan... saya sertai parti sb nak bantu dari dalam. Jika saya kritik parti sendiri bukan utk jahanamkan parti tetapi utk parti bertambah kuat. Malah berulang kali saya katakan saya tak akan bertanding atau minta apa2 jawatan. Jadi saya tiada apa kepentingan apa2 di dlm parti ini.
Kepakaran saya sebagai bekas org media... bukan sebagai YB. Apa yg mampu saya tolong dan bukan bermakna saya bercerita tentang media saya nak pegang jawatan penerangan or sebagainya. Saya cuma beri pandangan apa yg perlu dibaiki tentang media sahaja😂. Saya ada perniagaan sendiri, jika free saya akn turun bantu parti...itu saja
Kalian nak bertanding.. nasihat saya bertandinglah secara sihat. Jgn timbulkan naratif yg bukan2. Bagi saya mereka di dlm parti ini semua kawan walaupun saya difaham org itu geng sana, dia ini geng sini, YB tu org dia, YB ini org sana.
Ia perkara biasa jika dia team sana atau team sini. Tapi jgn sampai wujudkan naratif org itu tidak boleh dipercayai dan sebagainya. Utk saya... semua kawan jika mereka ingin bertemu saya layani sebagai kawan atau sebagai rakan separti.
You all nak bertanding nak pegang apa jawatan dlm parti... bertandinglah. Nak berangan jadi YB atau Menteri silakan... tak salah. Jgn babitkan saya dlm urusan kalian utk bertanding👍.
Matlamat saya menyertai parti nak lihat DS Anwar jadi PM dan tumbangkan BN. Itu sahaja. Jgn bimbang saya 'org yg bebas' dari mana2 kabilah dan juga bukan rival utk kalian dlm jawatan parti. Ada org kata kalau sertai parti mesti kena ikut kabilah... saya kata tak mengapa kerana tujuan saya berbeza.
Insyallah... saya doakan segala berjalan lancar pada pemilihan nanti. Biasalah jika ada yg tewas nanti pasti akn kecewa kerana adat pertandingan mesti ada menang dan kalah. Apapun jgnlah kekecewaan itu memecah belahkan parti sekaligus melemahkan parti. Kita adalah harapan rakyat utk reform. Wasalam.

No comments: