KERAJAAN PAK LONG MAIL AKAN TUMBANG JIKA GAGAL BENTANG RUU ANTI LOMPAT PARTI- ANWAR BERITAHU PM


 

Bentang RUU Anti Lompat Parti atau MoU batal, Anwar beritahu PM





RUU Anti Lompat Parti antara isu dibangkitkan dalam pertemuan Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Ismail Sabri Yaakob pada 20 Jan lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Perdana Menteri untuk membentangkan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Rakyat akan datang atau memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan Putrajaya akan “terbatal dengan sendiri”.

Beliau berkata, perkara itu disampaikan beliau, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.

“Kami bertiga bertemu Perdana Menteri dan menjelaskan tidak mungkin MoU ini bertahan, sekiranya undang-undang itu tidak diluluskan pada sesi Parlimen yang akan berakhir Mac depan.

“Maka, itulah titik tolaknya, kalau setuju…rundingan boleh diteruskan, kalau tidak, terbatal dengan sendiri MoU dengan kerajaan persekutuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH dan MUDA di Johor, hari ini.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan persekutuan dengan PH berkuat kuasa sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.

Ia antara lain menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Menerusi MoU itu, PH juga bersetuju menyokong atau berkecuali dalam pengundian Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan Belanjawan 2022 serta proses penggubalan RUU itu dirunding dan dipersetujui bersama.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu FMT, pertemuan pemimpin PH dan Ismail berlangsung 20 Jan lalu, dengan gambar di Facebook Anwar mengesahkannya, di mana RUU Anti Lompat Parti antara isu dibangkitkan.

Pada hari sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, kerajaan akan membentangkan RUU itu pada sidang Dewan Rakyat 28 Feb ini, dengan menyatakan ia selaras hasrat Ismail mempercepatkan penggubalannya.

No comments: