MASA KAU JADI PEMBANGKANG KEMAIN KAU HENTAM- MASA JADI MENTERI , KAU DIAM MEMBISU- LETAK JA JAWATAN ...

 


Zailah mesti letak jawatan, kata kumpulan wanita





Menurut JAG, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff mesti meletakkan jawatan kerana menormalkan keganasan rumah tangga. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gabungan kumpulan wanita menuntut Siti Zailah Mohd Yusoff meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat susulan klip video nasihat rumah tangganya.

Menyifatkan video itu sebagai “menjijikkan”, Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Kesaksamaan Gender (JAG) berkata, Zailah adalah timbalan menteri yang sepatutnya menegakkan kesaksamaan dan hak wanita untuk perlindungan dan keselamatan.

“Nasihatnya menafikan hak wanita untuk kesaksamaan, hak maruah mereka dan untuk bebas daripada layanan yang merendahkan martabat. Ini adalah kesilapan besar dan menunjukkan kepimpinan yang gagal.

“Timbalan menteri mesti berundur kerana menormalkan keganasan rumah tangga, ia satu jenayah di Malaysia serta menganjurkan idea dan tingkah laku yang bertentangan dengan kesaksamaan gender,” katanya dalam kenyataan.

JAG turut menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Ini susulan kenyataan Zailah dalam klip video tersebut yang menasihatkan suami menggunakan “sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas” untuk menegur isteri.

Beliau turut menggesa wanita mengambil pendekatan lebih lembut dengan suami. Antara petuanya yang lain adalah menjalani kaunseling, tidur berasingan selama tiga hari dan berdoa.

Zailah dikritik hebat oleh pelbagai kumpulan dan individu sejak klip video itu dimuat naik dua hari lepas.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mujahid Yusof Rawa berkata, Zailah “keliru” dengan peranannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau sepatutnya menumpukan kepada dasar dan isu seperti keganasan rumah tangga, perkahwinan kanak-kanak dan gejala sosial, bukan memuat naik video memberi nasihat rumah tangga, kata Mujahid.

NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS) turut menyifatkan Zailah sebagai “jahil” dalam mendalami realiti yang dihadapi wanita.

No comments: