MOHD MUKHLIS
Saya tertarik nak nak ulas komen rakan FB saya di post YB Amin Ahmad. YB
Amin tunjuk perbezaan harga ayam masa zaman PH dan Zaman PN. Yang rakan tadi
marah YB suruh jangan politikkan harga barang dan harga komoditi. Lepas itu dia
bagi contoh Venuzuela yang kawal harga barang tapi gagal; dia juga selitkan
hadis nabi tentang kezaliman untuk tetapkan harga barang.
Nak faham sesuatu isu kena faham dari segi holistik kalau tidak
jadi macam sekawan orang buta hendak terangkan macam mana fizikal gajah. Orang
buta pertama pegang belalai, dia kata gajah macam ini. Orang buta kedua pegang
ekor dia kata macam ini. Yang ke tiga pegang kaki dia kata lain lain pula. In
the end depa bergaduh dan seorang pun tak tahu gambaran gajah yang sebenarnya.
Nak faham mafhum sesuatu itu kena ikut konteks semasa hadis itu
di tuturkan oleh Nabi SAW. Macam ayat al-quran ada yang Makiah ada yang
Madaniah. Kita tak boleh jadi literalis dalam agama. Kalau tak jadilah macam
walaun dalam PAS. Dulu waktu saya mula-mula berjinak dalam politik, saya pun
termasuk dalam golongan yang sama. Saya waktu naif itu percaya kalau buat
hudud, terus rahmat datang ke dalam Malaysia. Tapi alhamdulillah pepecahan
dalam PAS sampai tertubuhnya Amanah itu sebenarnya ada rahmat. Baru kita lihat
yang hudud yang mereka jaja selama ini pun hanya jadi modal politik, dan hendak
wujudkan baldatul wa tayibbatun wa rabbul ghafur itu banyak cara, bukan hanya
dengan hudud!
Berbalik pada konteks tetapkan harga barang betul sebab zaman
nabi tak ada konsep subsidi secara rasmi. Kalau misalnya Nabi benarkan
penetapan harga, sudah tentu peniaga akan rugi. TAPI kena ingat zaman Saidina
Umar juga berlaku kemarau yang panjang. Ingat balik konsep ekonomi demand and
supply yang awak tulis.
Adakah saidina umar hanya berdiam diri dan suruh rakyat
bersabar? Ada 2 perkara yang Saidina Umar buat, satu kepimpinan melalui
teladan. Saidina Umar siap haramkan dirinya makan lemak. Saidina Umar terus
bersumpah tidak akan menyentuh sebarang daging mahupun lemak sehinggalah dia
berjaya membantu rakyatnya. Pernah satu ketika khadamnya membelikan kepada
beliau sedikit lemak dan susu di pasar. Sampai sahaja ke rumah, Saidina Umar
terus mengarahkan untuk disedekah kepada orang lain:
“Macam mana aku nak faham apa yang rakyat rasa, jika aku tak
rasa apa yang mereka rasa!?”
Saidina Umar mengajar kita contoh empati yang perlu ada pada
pemimpin.
Ini bukan dengan kerajaan PN, dah la tak ada empati, dengan
kabinet yang membusung, lantik duta makan gaji buta, adakah sama dengan Saidina
Umar?
Kedua sebagai khalifah, Saidina Umar meminta bantuan dari
wilayah yang lain untuk membantu tanah arab.
Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan
kebuluran. Kebanyakan kaum Badwi mula mati akibat kelaparan dan wabak. Lama
kelamaan, rizab makanan di Madinah pula semakin berkurangan, dan Umar mengutus
surat kepada gabenor di Syria, Palestin, dan Iraq untuk menghulurkan bantuan.
Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung Tanah Arab.
Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar
mengerahkan orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang
lain dihantar ke kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan
nyawa daripada kebuluran. Bagi pelarian yang memohon perlindungan di Madinah
pula, Umar mengadakan makan malam setiap hari dan dianggarkan lebih dari
seratus ribu rakyat yang hadir untuk menumpang makan. Menjelang awal tahun 639,
keadaan semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri menyelia
perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan
dikecualikan daripada zakat untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.
Even di zaman sahabat dulupun konsep asas ekonomi itu telah ada
dan peranan pemerintah adalah untuk mentadbir hal kebajikan rakyat. Sebab itu
di zaman mereka sudah ada konsep zakat dan baitulmal. Itu sendiri salah satu
bentuk subsidi bersasar ( asnaf-asnaf zakat)
Lepas itu dia hendak compare dengan Venuzuela juga tidak tepat.
Ya, Venuzuela adalah negara sosialist yang mana kerajaan akan banyak bagi
subsidi. Kita demokrasi. Subsidi in general baik tapi kalau keterlaluan tidak
bagus. Tapi masalah besar di Venuzuela bukanlah subsidi tapi KORUPSI. Sayapun
bukan rajin membaca tapi saya suka tengok dokumentari di youtube tentang isu
ekonomi dan sosial dunia.
Masalah Venuzuela in secara umum adalah negara yang kaya dengan
sumber minyak macam kita, tapi sebab korupsi, salah tadbir, subsidi yang
melampau sebab janji populis pilihanraya menyebabkan negara dia jadi bangkrup.
Lepas tu Bank Negara mereka cetak duit macam monoppoli ( macam Senator Tabyyun
cadang) lepas itu jadilah hyperinflation. Bila dah jadi hyperinflation,
kerajaan dia kawal harga barang pun tak guna. Sekarang ini mereka berurus niaga
pakai US Dollar dan bukan matawang sendiri.
Kawal harga barang ini banyak mekanisma. Apa yang PH buat dulu
adalah betul dengan kenal pasti supply chain harga barang. Contoh harga ayam
naik sebab apa? Biasa sebab dedak naik harga. Jadi kerajaan kalau dia nak kawal
harga ayam, dia kena kawal juga harga dedak.
So either kerajaan bagi rebat tax atau subsidi secara direct
kepada pengimport dedak, cara itu boleh menstabilkan harga ayam. Lagi satu
contoh, kerajaan boleh juga import ayam dari Thailand misalnya ( ikut keadah
saidina umar) untuk bagi supply sama banyak dengan demand. Tapi kalau guna cara
ini, long term penternak ayam kita rugi, bila dah rugi mereka nanti tak mahu
berniaga. Kalau mereka tak mahu berniaga, kebergantungan industri makanan kita
pada negara luar akan meningkat. Ini yang bahaya.
Satu negara kena ada sistem makanan yang boleh mandiri dan
sustain. Sebab itu kalau kita lihat Singapore sebenarnya dah cuba untuk self
sustain, mereka banyak bagi dana dan insentif untuk pekebun buat tanaman sayur
secara hidroponik di ruang tertutup sebab kekurangan tanah. Tapi kita di mana?
Beras kita pun banyak bergantung pada negara luar.
Lagi satu, adalah tugas setiap kerajaan untuk pastikan kebajikan
setiap rakyat tak kira kaya atau miskin. Subsidi bersasar adalah langkah yang
tepat. Contoh Air percuma Selangor yang dulu jadi manifesto kini sudah jadi
bersasar. Saya pun okay sahaja walaupun nilai RM15 sebulan itu nampak kecil
bagi kita, tapi besar bagi mereka yang dalam lingkungan B60.
Lagi satu subsidi bukan perkara yang hina. Dalam mana-mana
negara pun subsidi tetap ada. Cuma kalau untuk syarikat depa bagi nama
insentif, kat rakyat depa bagi nama subsidi. Biasanya benda ini dapat di beri
kalau sistem percukaian kita bagus. GST misalnya adalah sistem percukaian yang
lebih bagus berbanding dengan SST TAPI kalau telus. Zaman Najib dia buat GST
tapi tang bayar balik itu dia tak buat. Itu yang jadi masa PH, terpaksa settle
balik pembayaran semua GST.
Kesimpulanya, nak faham setiap perkara kita kena faham secara
menyeluruh dan tak semua benda dari luar negara kita boleh terus implement ke
dalam negara kita sebab sosio budaya kita berbeza.
WAllahualam.