RASUAH




RASUAH 3

Rasuah melibatkan semua lapisan masyarakat dari setinggi Kayangan sampailah ke peringkat balaci upahan berbayar bawahan.Sape tak tahu emak TENGKU ZAFRUL dapat PROJEK AIR KEDAH RM 550 juta.Kayangan mane terlibat projek bina 6 kapal TLDM LCS yg masih terbengkalai melibatkan RM billion ringgit.Kayangan mane yg menjual darjah kebesaran negeri sendiri kepada taikun2 untuk sejumlah wang yg tinggi.Parti mane yg tunggang agama sampai pimpinannya kaya raya luarbiasa sedangkan rakyatnya serba kemiskinan hidup melarat beberapa generasi.Parti mana yg ramai ketua2 bahagiannya level jutawan apelagi yg MP2 mereka.Kalau dah sampai 10 buah Lamborghini berderet di laman rumah dan belasan motor mewah kuasa tinggi itu kalau takde unsur rasuah takkan menabung dari kecil?

Sebab salah guna kuasa dan rasuah jurang antara yg kaya dan miskin semakin jauh ketara sedangkan kekayaan itu milik semua warganegara yg lahir di Malaysia.Setiap 32.7 juta rakyat MALAYSIA berhak ke atas semua hasil kekayaan negara dari pelbagai sumber yg ade di muka bumi ini tidak kire AGAMA,KAUM,BANGSA,KETURUNAN.Persoalannya kenapa masih ada rakyat Malaysia yg takde privilege? Padahal Malaysia begitu kaya dengan sumber asli mmg cukup untuk semua rakyat sampai ada yg mampu beli Lamboghini 10 biji siap berlagak menunjuk nunjuk kekayaanlah macam bangsawan selatan tu atau kayangan elit politikus tertentu yg ade

Pemimpin yg baik jujur dan ikhlas tidak akan biarkan rakyatnya kelaparan,hidup merempat,miskin beberapa generasi seperti ape yg terjadi 61 tahun bawah BN UMNO.UMNO sudah di beri 6 dekad peluang ternyata mereka gagal serba serbi.Dalam tempoh yg same itu Singapura,Brunei,Vietnam,Indonesia,Thailand jauh meinggalkan kita di belakang.Sebab itu ratusan ribu rakyat kita setiap hari berulang alik ke Singapura untuk mencari rezeki dengan gaji yg lebih lumayan.Belum di kire berape puluh ribu lagi rakyat yg dah berpindah ke negara2 lain.Diskriminasi melampau,kerenah birokrasi tak sudah,undang2 dua darjat antara yg jadikan kita kekal negara mentaliti kelas ketiga bukan kedua pun.Kes2 pembunuhan luarbiasa melibatkan warga tempatan dan warga asing antara yg menjadi misteri sekian lama.Kalau bukan tangan2 ghaib yg bertanggungjawab pasti kes2 itu dah lama selesai.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

No comments: