DASAR APATEID DALAM SOLAT DI MALAYSIA


Dasar mini 'Aparteid' di tanahair ku


NORMAN RADZUAN


HANYA VIP BOLEH SOLAT JUMAAT DI MASJID?

Hingga hendak menunaikan solat Jumaat pun layanan manusia ke atas manusia (marhaen-kayangan) di tanah air ku berbeza. Rumah ini dipanggil rumah Allah tidak dipanggil rumah manusia atau rumah Mail, rumah Din atau rumah Zuraida. Rumah Allah bermaksud disisiNya manusia adalah sama tanpa mengira pangkat, keturunan, harta dan warna kulit.

Video viral ini bila melihatnya kita berasa sgt terhina dan marah. Kita tidak kisah jika golongan konon perasan kayangan ini dtg awal dan dibenarkan masuk tetapi mengapa rakyat marhaen yg dtg awal dan sudah berminggu minggu gagal solat Jumaat dinafikan utk berbuat demikian.

Saya mengajak pemuja2 kerajaan Melayu bertepuk tangan ramai2. Ini yg kalian mahukanDescription: 👏Description: 👏Description: 👏. Dah lama saya menyampah kebanyakkan Jawatankuasa Masjid letakkan papan tanda parking kereta utk Pengerusi, Timbalan dan AJK Masjid. Kita suruh jaga rumah Allah dan fungsinya bukan nak tunjuk lagak dkt org ramai kononya depa ini VIP Masjid.

Rakyat miskin hanya curi petai, curi sardin, curi susu dipenjarakan. Tapi jika golongan lagak kayangan jika curi RM 1 billion boleh pulangkan separuh utk dibebaskanDescription: 😂 Kes boleh dibuang begitu sahaja.

Rakyat marhaen pelbagai SOP dibuat menghalang mereka ziarah ibu bapa yg nazak. Tapi kayangan boleh makan durian beramai ramai. Rakyat marhaen jika mask jatuh di bawah hidung disaman tapi kayangan tak pakai mask pun tak mengapa.

Skg hingga nak beribadat pun layanan berbeza... rosak dah negara kita ini. Mari kita ketawa ramai2. Ini dasar aparteid di tanahair ku...adakah ini Islam ala parti lebaiDescription: 🤣

Kadang2 saya terfikir kenapa golongan kayangan ini bila mati rakyat marhaen suruh je geng2 kayangan mereka uruskan mandikan jenazah, usung keranda, korekkan lubang kubur dan talkin mereka. Kenapa bila mati org yg dihalang masuk ke masjid inilah yg dipanggil utk membantu oleh pihak keluarga.

 

 

0:00 / 0:52


No comments: