KAH..KAH...WALAU GAGAL DAN SEMBAB ...TAK PERNAH JUMPA WARTAWAN PUN...MASIH LAGI MENGAKU TIDAK GAGAL...SAHIH FAIL

 


Setelah ‘digulingkan’, Muhyiddin tetap kata kerajaan PN tidak gagal


Setelah ‘digulingkan’, Muhyiddin tetap kata kerajaan PN tidak gagal



Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, kerajaan PN telah memberi fokus kepada usaha memulihkan negara daripada wabak itu hingga kesannya dapat dilihat ketika ini.

Katanya, selain melaksanakan kawalan pergerakan, strategi kerajaan yang paling utama ialah meningkatkan dan mempercepatkan program vaksinasi.

“Hari ini kita telah melihat hasilnya. Lembah Klang yang dahulunya menjadi pusat penularan wabak Covid-19 telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila 97.8 peratus penduduk dewasa di Lembah Klang telah menerima suntikan dos lengkap vaksin. Wad-wad ICU (unit rawatan rapi) yang dahulunya sesak dengan pesakit Covid-19, kini telah mencatatkan penurunan jumlah pesakit.

“Tetapi masih ada pihak yang kata kita gagal. Kita sebenarnya tidak gagal. Mereka yang nak lihat kita gagal. Kerana itu, semasa kita sibuk mengurus Covid-19, mengurus kebajikan rakyat, mereka sibuk berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Bersatu yang diadakan secara maya pada malam Jumaat.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau juga menyedari ramai rakyat yang tidak suka dengan perbuatan kelompok yang cuba menjatuhkan kerajaan itu.

“Apatah lagi ahli-ahli Bersatu yang mahu saya terus kekal memimpin kerajaan PN. Tetapi saya mesti patuh kepada perlembagaan Persekutuan. Apabila saya kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, saya mesti meletak jawatan dan itulah yang saya lakukan,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan, tempoh lebih setahun yang lalu juga adalah suatu tempoh yang paling sukar dalam sejarah politik beliau dan rakan-rakan politik beliau yang lain.

“Kita tidak pernah berhadapan dengan suatu krisis kesihatan dan ekonomi yang amat genting dan berlarutan untuk suatu jangka masa yang panjang.

“Rakyat menghadapi kesukaran. Ramai yang hilang pendapatan. Kerajaan menyediakan pelbagai pakej bantuan dengan nilai keseluruhan RM530 bilion. Ini adalah pakej bantuan rakyat yang paling besar dalam sejarah negara kita.

“Hampir semua golongan rakyat dibantu. Peniaga kecil, penjaja, petani, nelayan, pekerja, usahawan kecil dan sederhana, ibu tunggal, orang bujang, orang kurang upaya (OKU), belia, mahasiswa, pemandu teksi, pemandu bas, grab – baik masyarakat di bandar, di desa dan di pedalaman – semuanya menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin memberitahu, beliau menyedari bantuan kerajaan semata-mata tidak boleh menjamin kelangsungan hidup rakyat kerana mereka tidak boleh terkurung di rumah selama-lamanya sebaliknya mereka mesti dibenarkan keluar bekerja, berniaga dan mencari pendapatan untuk menyara keluarga.

Berikutan itu, menurutnya, sektor-sektor ekonomi, sosial, sukan dan agama juga telah mula dibuka secara beransur dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang masih berkuat kuasa.

Katanya, akhirnya rakyat mula menarik nafas lega kerana mereka sudah boleh mula bekerja, berniaga dan mencari sumber pendapatan.

No comments: