ADA PERKARA YANG KELAKAR BILA DENGAR HUJAH MOPTI

 




MOHD MUKHLIS


Ada perkara yang kelakar bila dengar hujah Mopti.

Mod tanya soalan tentang kalau pilih antara muslim yang korup dan non-muslim yang jujur; yang mana lebih adfal.

Boleh pula dia jadi emotional sampai marah orang tanya soalan macam itu, siap tanya siapa yang taja soalan macam itu. Well awak kan ada PHD, tunjuk la kebijaksanaan sarjana kedoktoran awak tu menjawap soalan yang sukar. Kalau semua soalan nak mudah, semua orang boleh ada PHD kan? Lepas tu boleh pula main falasi strawman, twist soalan.

Soalan yang kedua dia kata mana-mana parti politik kalau naik pun sama tetap akan jatuh satu sama lain, rasuah dia jadikan agenda untuk raih modal sokongan. Jawapan macam orang putus asa. Tapi yang pelik bukan dia ke yang jamin kerajaan PN dulu bebas rasuah? Bila PN bebaskan perasuah mana janji dia nak kritik?

Eh sebijik la macam argument perempuan yang selalu kena tipu dengan lelaki buaya, lepas tu main pukul rata kata lelaki semua sama. tapi part dia nak lelaki jahat , lelaki kaya ( tak cakna latar belakang kewangan) , dan handsome ( tak kisah akhlak buruk). You pray for the rain, you gotta deal with the mud too.

Ingat dulu di pernah tuduh kata Anwar rakus, dalam masa yang sama dia boleh sertu Muhyidin padahal tak ada nama dalam perjanjian. Padahal Anwar yang nama dia ada dalam perjanjian PH, kalau nak ikutkan memang dia patut dapat baiah. Tapi Mopti hasut Mahathir supaya khianat perjaniian sampai tunggang istikharah, kata jawatan itu bukan hak individu kononnya. Sekali Allah SWT tunjuk akibat dan ibrah dari mereka yang berkhianat pada perjanjian, sampai huru-hara satu negara.

Ingat nak buat reform ini bukan kerja mudah. Dan DS Anwar telah buktikan dengan suri teladan yang baik yang dia tak sanggup bersetongkol demi dapat kuasa, dia juga tidak rakus macam yang di tajassus oleh SSST. At least Anwar tahu politik kita tak betul dan di berani masuk dalam arena politik. Ini suruh cabut jubah mopti tak mahu, tapi sibuk sertu kiri kanan, depan belakang. Kalau sertu betul takpa juga, macam joki main kuda, main tak reti tapi sibuk duk bet pakai duit orang. Bila kalah tak dapat cuci, duk persalah DAP.

Demikianlah TokPeti.

Bayangkan ahli panel sendiri kata dia tak profesional, tapi tak hairanlah. Dengan Puan Mona dulupun dia main ad-hominem, attack peribadi. Kalau orang ajak forum panggil orang PHD, dia expect akan dapat jawapan level sarjana kedoktoran. Tapi takat main attack peribadi, tak ada beza lah mereka dengan orang yang sekolah atap. At least orang yang sekolah atap tak reti nak tunggang jawatan demi kepentingan diri sendiri.