TAK MALU KE BANGSA CINA- PERASUAH NAK DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN SPEKER

 

Tolak Kluster Mahkamah jadi timbalan speaker





Kesemua 220 Ahli-Ahli Parlimen diseru membuat undian pemilihan Timbalan Yang  di-Pertua Dewan Rakyat dengan undian mengikut hati nurani (vote by conscience).

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, ini demi melindungi integriti dan keutuhan institusi Parlimen negara kita,

Menurut beliau, ahli-ahli Parlimen harus menolak sebarang calon yang mempunyai rekod yang tercemar atau dari kalangan Kluster Mahkamah daripada memegang suatu jawatan yang begitu penting dalam Parlimen. 

“(Ini) supaya ia tidak mendatangkan penghinaan (disrepute) dan menyebabkan institusi Parlimen menjadi suatu bahan ejekan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dikosongkan selepas perletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini. 

Kah Woh berkata, ia telah menjadi suatu perbincangan ramai yang mana dikatakan pihak kerajaan telah mencadangkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu. 

Beliau menambah, ini adalah mengejutkan dan membimbangkan memandangkan Ahmad sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah untuk dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberikan penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu, ujar Kah Woh, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dan menyokong mana-mana mereka dari kalangan Kluster Mahkamah dalam UMNO.

“Tan Sri Mahiaddin Yassin telah menyatakan pendirian beliau yang nampaknya begitu jelas dan tegas, dan sudah sampai masa beliau untuk mengotai janji atau ‘walk the talk’. 

“(Ini dilakukan) dengan memastikan beliau sendiri dan ahli-ahli Parlimen parti beliau tidak akan menyokong mana-mana calon dari Kluster Mahkamah apabila pengundian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dibuat pada 14 September ini,” katanya.

No comments: