GASAK SAMPAI TUMBANG : Khairuddin langgar SOP: KEADILAN Hulu Langat buat laporan polis



Kegagalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali  melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengkuarantin dirinya selepas pulang dari Turki dan dikenakan pula kompaun serendah RM1,000, menyebabkan KEADILAN Cabang Hulu Langat membuat laporan polis meminta satu siasatan penuh dilakukan ke atas menteri tersebut.
Menurut Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Hulu Langat, Rajendra Kumar a/l Munusamy, kesalahan Khairuddin wajar disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 secara telus dan tidak terhad kepada tindakan kompaun. Sedangkan kes duluan (presedent), beberapa orang rakyat biasa telah dikenakan denda yang tinggi atau dipenjara akibat kesalahan serupa.
"KEADILAN Hulu Langat telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin atas dakwaan melanggar SOP di bawah akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara
"Kami mendesak agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap beliau dan ahli rombongannya yang mengadakan lawatan ke Turki pada tarikh 3 hingga 7 Julai 2020.
Beliau juga didapati hadir ke sidang Parlimen pada 13 Julai 2020 tanpa menjalani tempoh kuarantin 14 hari," kata Rajendra dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, KEADILAN Hulu Langat mahu pihak polis mengambil tindakan segera dan biar pun menteri terbabit telah dikenakan kompaun sebelum ini.