Salahkah runding terus kepada NAFAS RM1.4 bilion?
Setakat ini hanya beberapa projek dapat diketahui diberi secara runding terus di zaman PH antaranya
-Tender Kementerian Pertanian pembekalan baja kepada NAFAS bernilai RM1.4 bilion bagi memastikan NAFAS milik bumiputera(Persatuan Peladang) terus dapat bernafas.
-Tender buku teks DLP PT3 untuk memenuhi keperluan terdesak, kritikal dan memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan.
-Juga kedengaran projek runding terus mencecah berbilion ringgit melibatkan MYEG dibawah KDN PH dahulu dan kini PM kerajaan tebuk atap. Samada ia betul atau salah wallahua’lam.

Selain projek di atas, beberapa projek yg dianugerahkan secara runding terus oleh kerajaan BN dahulu dan ia diteruskan oleh PH dengan pengurangan harga seperti
-Projek Bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjung Kota Bharu berharga RM450 juta.
-121 buah projek infrastruktur berharga RM13.9 bilion diteruskan oleh PH dengan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta.
-Projek KKM bekalan ubat dan peralatan perubatan Pharmaniaga SDN BHD diterus bagi menjamin bekalan ubatan dan peralatan hospital tidak terputus disamping usaha mengubah tender secara beransur-ansur.

Tender rundingan terus sebenarnya dibenarkan oleh kerajaan melibatkan beberapa keadaan dan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi.
Lim Guan Eng telah mencabar Menteri Kewangan kerajaan tebuk atap PN dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek. Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan PH.
Jangan lupa kabor kepada ambo jika semua projek runding terus itu telah didedahkan…