Hadi Awang seorang oportunis
Tinta Merah
Hadi Awang, iaitu Presiden PAS telah lama melihat dan menyedari peluang baginya untuk menjadi Menteri Kabinet atau TPM adalah dengan bergabung dengan kerajaan BN / UMNO sahaja.
Langkah ini telah dimulakan Hadi pada tahun 2008 setelah BN kalah di Selangor dan di Perak. Di Perak, Hadi sendiri telah mengusulkan agar kerajaan gabungan UMNO + PAS diadakan dan MB adalah daripada UMNO. Kerana PM pada waktu tersebut dipegang oleh BN / UMNO. Namun usul tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Mursyidul Am PAS, ATGNA sehingga ingin mengadakan Muktamar Khas PAS untuk membuang Hadi daripada PAS.
Hadi telah memikirkan dan mendapat akal, jika PAS selamanya menjadi pembangkang sudah pasti hasrat Hadi ingin menduduki kerusi kabinet atau jawatan TPM tidak akan tercapai selama mana tidak bergabung dengan UMNO.
Sehinggakan Hadi telah menuduh Kumpulan ATGNA (PAN) sebagai mereka yang mencipta fitnah terhadapnya dan kononnya ingin membunuh karakter Hadi untuk bergabung secara senyap-senyap dengan UMNO.
Sehinggalah era PRU-14 di mana Hadi telah sanggup bertindak sebagai “King Maker” supaya cita-cita beliau untuk menjadi TPM tercapai samada PAS menjadi kerajaan campuran dengan BN atau pun dengan kumpulan DAP, sebelum PH didaftarkan secara rasmi.
Setelah PRU-14, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan Tun M jika usul undi tidak percaya diadakan di kalangan parti politik, kerana itulah juga peluang dan impian menggunung Hadi untuk menjadi TPM. Sehinggakan Hadi telah menandatangi surat bersumpah untuk menyokong Tun M.
Setelah ‘Sheraton Move’ melanda sebagai titik noda sejarah hitam negara Malaysia, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan TSMY kerana ditawarkan sebagai TPM ke-2 jika ianya menjadi kenyataan. (Sekarang jawatan TPM tiada maka tiadalah TPM ke-2).
Maka setelah seronok berada di atas kerusi empuk baldu sebagai Menteri, Hadi dan pimpinan tertinggi PAS lain sudah mulai lupa dasar-dasar perjuangan asal PAS iaitu Islam sebagai Addin dan Hudud diibaratkan sebagai NYAWA PAS.
Tiada lagi kedengaran RUU 355 hendak dibentangkan di dalam Parlimen, juga tiada lagi himpunan RUU 355 walau pun Menteri Undang-Undang sekarang adalah Takiyuddin, ahli Parlimen Kota Bharu daripada parti PAS.
Malah Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri memaklumkan, ianya tidak dapat dilakukan atau diluluskan di dalam Parlimen kerana pindaan RUU 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Sekarang UMNO juga mulai resah, tidak senang duduk dengan tindak tanduk PAS yang sudah mulai seronok dengan kerajaan campuran TSMY sehingga bersetuju untuk menganggotai AJK Pakatan Nasional untuk didaftarkan secara rasmi akibat tawaran TSMY yang menarik ditawarkan kepada pemimpin PAS. Di mana jawatan TPM kelak akan menjadi milik Hadi sebagai TPM pertama jika PN masih menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Inilah sebenarnya impian Hadi selama ini, bukannya Hudud seperti dongengan PAS selama ini. Di mana setelah dulunya Hadi cukup-cukup taksub menuduh UMNO sebagai kafir yang merupakan peluru atau modal PAS dalam politik. Sedangkan hakikatnya parti UMNO juga sama seperti parti PAS pada hari ini.
PAS sudah mulai berubah wajah setelah merasai nikmatnya GHANIMAH yang dikecapi setelah menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Mungkinkah selepas ini jika diberikan peluang kedua untuk bersama dengan DAP sebagai kerajaan memerintah, PAS juga tidak kisah mengenainya. Dalil halal boleh dicari sepertimana sebelumnya PAS menghalalkan tahalul siyasi dengan DAP, sehingga dalil Hadi wajib meyokong / mengundi DAP sehingga kiamat dilafazkan.
Asalkan segala cita-cita Hadi untuk menjadi Menteri dan TPM tercapai dan seterusnya dalam situasi politik sebegini yang paling malang adalah 100% ahli PAS yang terbukti ditipu hidup-hidup sebagai MEWA dan ada juga yang ditipu sehingga mati di atas perjuangan yang palsu (Memali).
Inilah politik yang dahulunya PAS cukup menentang jika dipisahkan daripada agama atau pun mengikut kata pegangan UMNO adalah “agama suku, politik suku”.