FAEZUDDIN PUAD
1. Kalau rasa kuat, tubuh parti sendiri.
2. Jika ada parti sendiri, bermacam-macam jawatan kosong boleh
diisi. Nak jadi Presiden boleh, nak jadi Timbalan Presiden boleh, nak jadi Naib
Presiden boleh, kalau tak nak jadi apa pun boleh.
3. Awalnya mendabik punya kekuatan seramai 200 ribu orang. Tapi
apakan daya, dengan kekuatan begitu memilih jalan menumpang.
4. Adat orang menumpang, apa yang tuan rumah makan, itu yang
kita makan. Jika tuan rumah berlaukkan telur goreng, telur goreng la yang masuk
ke mulut kita, tidak manis sekiranya kita berlebih-lebihan minta itu dan ini.
5. Setelah itu jangan lupa ucap terima kasih, bukannya menghina
tuan rumah.
6. Begitu juga jika menjadi orang baru, adabnya perlu hormat
orang lama. Sedikit sebanyak tiada yang lama, maka tiada yang baru.
7. Makanya dalam erti kata lain, menumpang buat cara tumpang.
Wallahualam