Saturday, April 4, 2020

217 kes baharu COVID-19, 58 ada kaitan perhimpunan Sri Petaling

217 kes baharu COVID-19, 58 ada kaitan perhimpunan Sri Petaling


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 60 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 827 kes.
Terdapat 217 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,333 kes.
Daripada 217 kes ini, 58 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling.
Selain itu, 44 kes telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang merupakan salah satu hospital COVID-19, di mana 41 kes adalah kes berkaitan madrasah tahfiz di Selangor.
Sehingga kini, seramai 108 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan
Sehingga kini terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 53 kes.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers