Pangkalan data e-Tunai tersedia agih bantuan M40 – PH
Pakatan Harapan (PH) menolak alasan kerajaan masih sukar untuk mengagihkan dana bantuan RM1,000 kepada golongan M40.
Menurut satu kenyataan, data lengkap telah ada dalam pangakalan data sistem e-dompet dan sedia mengenal pasti mereka yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun.
Ketika diumumkan dalam Belanjawan 2020 lalu, skim E-Tunai Rakyat membolehkan rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun menuntut bayaran tunai RM30 melalui operator e-dompet seperti Grab, Boost dan Touch ‘n Go yang mewakili sebahagian daripada usaha kerajaan PH menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran bukan tunai.
Tidak seperti kumpulan B40, yang datanya tersedia dalam sistem bantuan Sara Hidup (BSH) yang diurus oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PH berkata, pangkalan data itu tidak wujud untuk kumpulan M40.
“Tidak semua pembayar cukai (M40) memfailkan taksiran cukai mereka sebagai isi rumah dan tidak semua dalam kategori M40 mempunyai fail cukai pendapatan,” kata majlis itu dalam satu kenyataan.
“Ini kerana individu yang berpendapatan RM2,500, yang layak mendapat bantuan, mungkin tidak mempunyai fail cukai kerana merekla belum layak membayarnya (cukai).
“Proses pengeluaran juga akan membebankan beberapa pihak kerana jelas ia menimbulkan masalah kepada LHDN,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin; Dr Hatta Ramli dari Amanah dan Tony Pua dari DAP.
PH juga mencadangkan supaya dana pelaburan negara Khazanah Nasional dilantik untuk mengagihkan bantuan kepada kumpulan M40 susulan kejayaannya melaksanakan skim E-Tunai Rakyat sebelum ini.