AJK Pas sahkan surat Hadi kepada pemimpin Arab

AJK Pas sahkan surat Hadi kepada pemimpin Arab
"Surat TGHH dalam bahasa Arab. Surat tu bertarikh 22 Mac 2020. Surat peribadi TGHH kpd pemimpin Arab," tulis Nasarudin dalam facebook beliau.



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasarudin Hassan mengesahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sememangnya menghantar satu surat kepada pemimpin Arab.
Bagaimanapun, beliau meminta agar semua pihak membaca surat itu dalam bahasa asalnya iaitu Bahasa Arab untuk memahami maksud sebenar surat itu.
“Surat TGHH dalam bahasa Arab. Surat tu bertarikh 22 Mac 2020. Surat peribadi TGHH kpd pemimpin Arab,” tulis Nasarudin dalam facebook beliau.
Beliau memberikan reaksi itu kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan beliau dalam facebooknya.
“Betul ka surat ni ustaz,” tanya Arham Merican kepada Nasrudin sambil mengepilkan salinan terjemahan kepada surat itu.
TGHH adalah ringkasan kepada Tuan Guru Haji Hadi yang digunakan oleh para pemimpin Pas dalam penulisan mereka.
Abdul Hadi dalam suratnya itu menceritakan bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk sebagaimana versi beliau.
Dalam surat yang sarat dengan tuduhan dan dakwaan itu, Hadi mahu memberikan justifikasi kenapa Pas menyokong dan menyertai kerajaan itu.

No comments: