SURAT KONTROVERSI: HADI KENA JELAS DAN YANG TERFITNAH PERLU HERET HADI KE MAHKAMAH



Duta Khas Perdana Menteri yang baru dilantik semalam Abdul Hadi Awang rasanya sedikit terganggu dengan pendedahan sepucuk surat yang beliau tulis yang ditujukan kepada beberapa gerakan Islam di luar negara, khasnya di Timur Tengah. 

Katanya surat itu bertarikh 22 Mac, 2020. Antara lain tujuan surat itu dituliskan, Duta Khas itu ingin menjelaskan kepada dunia luar terhadap apa yang berlaku di Malaysia khususnya mengenai kudeta pada 25 Februari itu (kejatuhan kerajaan PH)  sehingga tertubuhnya kerajaan PN dimana dalamnya komplot itu ia diikuti parti Duta Khas itu juga.

Mulanya saya kira surat itu perkara kecil sahaja dan tidak perlu diulas dalam media sosial. Biasalan mereka yang tidak senang dengan Hadi Awang akan melakukan apa sahaja provokasi terhadapnya. Saking bencinya melihat ekor serban Hadi pun dipertikaikan. 

Tetapi setelah mengikut siaran langsung Fb sdr Ridzwan Abu Bakar sekejap tadi sedikit sebanyak tahulah saya latar belakang dan kenapa surat Abdul Hadi itu. Ridzwanlah yang mendedahkan surat berkenasan. 

Menurut Ridzwan yang merupakan orang pertama mendedahkan isi surat itu, surat itu mempunyai tiga perkara yang tidak baik, yang sepatutnya dilakukan oleh Hadi Awang. 

Perkara pokok surat itu katanya sarat dengan prasangka, fitnah dan  ditulis dengan tidak berfakta. Individu yang terfitnah langsung dengan surat itu adalah Anwar Ibrahim. Surat itu juga menurut Ridzwan cuba memburukkan Amanah dan DAP. Dan satu lagi ialah mengaitkan kuasa asing, kononnya membiayai pihak tertentu untuk menimbulkan huru hara dalam negara ini. 

Bagi Ridzwan apa dilakukan Hadi itu penuh dengan prasangka, fitnah dan jahat. Ia menyebut sebagai "muamarah" perbuatan jahat. 

Ridzwan menyimpulkan kenapa Abdul Hadi sanggup menulis surat sedemikian dan disebarkan kepada dunia luar sebagai hendak menghalalkan tindakannya bersama Umno, Bersatu (Muhyiddin) dan Azmin yang menggulingkan kerajaan PH baru-baru ini. Hadi mahu memberi gambaran apa yang berlaku itu bukan sesuatu kudeta tetapi ia adalah kerajaan disokong rakyat dan juga Raja. 

Kandungan penuh surat berkenaan tidak didedahkan. Beliau hanya menceritakan intipatinya sahaja. Walaupun surat itu mengandung 7 muka surat ia hanya dipanjangkan dengan bunga-bunga sahaja demikian menurut Ridzwan. Segala isi dalam surat itu merupakan ilusi dan karangan Hadi yang buat dalam gua keseorangan.  

Sekiranya apa didakwa Ridzwan itu benar, jelas yang dilakukan Hadi itu suatu tindakan mendedahkan keaiban dirinya sendiri sebagai ulama dan juga terbaru sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri. Ia memberi masalah kepada dirinya sendiri. Hadi jangan fikir isi surat busuknya itu tidak akan dijawab atau dijelaskan oleh pihak disangkutkan di dalam surat itu. Tentu selepas ini mana-mana pemimpin luar yang menerima surat itu akan diberikan penjelasan atau penafian. 

Makanya di sini apa lebih afdal buat Hadi beliau kena jelaskan dakwaan itu, dan surat beliau itu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia serta menyatakan tujuannya sebenar beliau menulisnya. Fakta-fakta disebut itu juga perlu disertakan dengan bukti. Sekiranya ia tersalah fakta, mungkin beliau boleh meralatnya.

Dalam masa sama, mungkin pihak yang rasa terfitnah dan tercemar dengan surat Hadi itu perlu boleh membawanya ke mahkamah. Mereka boleh saman Abdul Hadi. Ia tidak boleh dibiarkan, apa lagi seperti disimpulkan Ridzwan isi surat itu adalah penuh dengan prasangka, fitnah dan berniat jahat. Trims.

Kredit FB Mohd Sayuti Omar II

No comments: