EH///BUKAN DAHULUNYA KATA PH TAK PANDAI JAGA REZAB NEGARA DAN HANCING MELINGKOPKAN NEGARA?

Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen RM3.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 berbanding RM2.5 bilion pada 2018 dan ia merupakan baki keuntungan bersih bank pusat itu.
Laporan tahunan BNM 2019 memaklumkan bahawa bank pusat telah menjana keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM8.93 bilion berbanding RM7.52 bilion pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan jumlah (RM8.93 bilion) tersebut, BNM telah mengagihkan RM5.40 bilion kepada rizab risiko berbanding RM5 bilion pada 2018. Rizab risiko ini bertindak sebagai penampan kewangan yang penting terhadap sebarang kesan kerugian luar jangka yang boleh berlaku akibat keadaan pasaran yang tidak menentu dan di luar kawalan bank.




Malaysiakini




Kenapa BNM mesti bayar dividen RM3.5 bilion kepada kerajaan sedangkan pada 2018 cuma bayar RM2.5 bilion sahaja?

Bukankah walaun dan macai mendakwa kerajaan PH gagal mentadbir negara dengan baik, malah mereka berkata PH hancing dan melingkopkan negara?

Baiklah. Kita lihat seterusnya mampukah kerajaan tebuk atap mencipta persekitaran ekonomi yang sihat untuk melonjakkan lagi janaan pendapatan negara melalui institusi kewangan.

Kami mencabar PN, buktikan kamu bukan geng jahanam!

IBRAHIM MAT ISA

No comments: