KEADILAN Terengganu optimis mampu menang kerusi DUN

 

KEADILAN Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keyakinan tersebut berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya.


Ia termasuk sejarah kemenangan parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar sebelum ini apabila turun bersama Pas dalam pilihanraya dan kali ini bersama rakan gabungan BN.


"Jadi kita minta supaya KEADILAN diambil serius oleh sahabat-sahabat dalam Barisan Nasional (BN). Kita pun ada sejarah di Terengganu, dari awal ditubuhkan kita ada kerusi. Bagi kita penting untuk kita ada kehadiran di sini.


"Bagi saya, KEADILAN ada beberapa kelebihan secara amnya, saya tidak boleh sebutkan secara terperinci tapi contohnya di DUN Bandar, pernah menang (2013-2018). Biasanya kerusi KEADILAN ni kerusi agak urban... itu kita rasa kekuatan KEADILAN," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra di Pejabat KEADILAN Cabang Kuala Terengganu pada Ahad.


Sementara itu Nik Nazmi yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, persoalan siapa yang mendapa) banyak atau sedikit kerusi untuk bertanding PRN tidak sepatutnya timbul. Sebaliknya perkara yang penting ialah parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan mesti berpeluang untuk menang.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala bakinya, iaitu 22 kerusi dikuasai Pas.

 

GERAKAN YANG TAK ADA KERUSI PUN BERANI SAOUND KORANG. MACAMANA KALAU GERAKAN ADA KERUSI SEBANYAK DAP


 

SEMBANG APA HADI WOIIII- MASA JADI DUTA BERAPA BILLION BAWA MASUK ???


 

PM TEPI- LA AKU PM TENGAH DAH- SAYA MINTA UNTUK PARTI ATAU UNTUK PETANI.? TAK SOKONG SAYA PUN SAYA BANTU.


 

ANWAR, MAHATHIR, NAJIB DAN MUHYIDDIN




W.FAUZDIN


1. Beza Anwar,Mahathir,Najib dan Muhyiddin dari segi Ilmu Agama Islam,Politik dan Akademik.

2. Anwar Ibrahim mempunyai asas dan pengetahuan mengenai Agama Islam,bahkan Anwar memiliki Ijazah kedua dalam bidang ' Dakwah Islam ' dari The International Islamic University Islamabad,Pakistan.Anwar seorang yang taat dan berpengetahuan luas dalam Agama Islam berbanding Mahathir,Muhyiddin dan Najib.

3. Anwar seorang ' Political Scientist ' yang memiliki asas dan pengetahuan dalam politik,Anwar memiliki Masters Degree dalam bidang ' International Relations ' salah satu cabang Sains Politik dari University Of Wisconsin,Amerika Syarikat dan Phd dalam bidang ' Demokrasi ' dari Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tiada pendidikan asas mengenai Sains Politik.

4. Anwar Ibrahim adalah seorang ' Ahli Akademik ' sebagai Pensyarah,Doktor Falsafah dan Professor yang pernah mengajar di University Of Oxford,London,England,Johns Hopkins University,Amerika Syarikat,Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat dan sekarang Anwar adalah Professor Undangan ( Visiting Professor ) di Harvard University,Amerika Syarikat berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang bukan ahli akademik.

5. Anwar Ibrahim yang memiliki Ijazah dalam bidang ' Dakwah Islam ' seorang yang taat dan berpengetahuan luas dalam Agama Islam bukan seorang USTAZ atau ULAMA tetapi Anwar adalah seorang INTELEKTUAL MUSLIM yang diakui oleh dunia ISLAM dan BARAT berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tiada asas dan pengetahuan luas dalam agama Islam.

6. Anwar sebagai Intelektual Muslim begitu rapat dengan para ulama diperingkat antarabangsa khususnya Sheikh Dr.Raysuni Ahmad ia itu pengerusi Majlis Ulama Sedunia dan Sheikh Dr.Yusuf Qaradhwi serta negara-negara Arab dan negara-negara Islam seperti Turki,Indonesia,Qatar dan lain berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tidak langsung hubungan rapat dengan para ulama diperingkat antarabangsa.

7. Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Intelektual Muslim oleh dunia Islam dan Barat adalah Pengerusi The International Institute of Islamic Thought ( IIIT ) sebuah pertubuhan Intelektual Islam diperingkat antarabangsa yang berpusat di Herdon,Virginia Amerika Syarikat berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tidak menjadi pengerusi dimana-mana pertubuhan Intelektual Islam.

8. Anwar Ibrahim yang mempunyai pengetahuan asas dan luas dalam Agama Islam serta memiliki Ijazah dalam bidang ' Dakwah Islam ' adalah ' Pengerusi Christian and Muslim Understanding ' di peringkat antarabangsa berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tiada pendidikan asas mengenai DAKWAH ISLAM.

9. Ketokohan Anwar dalam Ilmu Agama Islam menjadikan Anwar dikenali sebagai Intelektual Muslim yang diberi penghormatan memberi ucaptama disidang Majlis Ulama Sedunia pada tahun 2010.Anwar adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang diberi penghormatan memberi UCAPTAMA disidang Majlis Ulama Sedunia berbanding Mahathir,Najib dan Muhyiddin yang tidak pernah diberi penghormatan dalam sidang Majlis Ulama sedunia.

ANWARPMX

Abdul Rauf Hj.Jainullah.

 

NAMPAK GAYA SANUSI PUN TAK TERKATA APA. BOSS BESAR PN DAH KELUARKAN FATWA.

 



Boss besar PN dah bercakap. Aku berbau kata parti Gerakan ni boss besar. Kalau tak, takkan dia berani nak cakap soal dasar macam ni.

Nampaknya parti Melayu dalam PN cuma mampu jadi patuh sajalah. Belum dapat kuasa lagi Gerakan dah berani aturkan dasar PN.

Dahlah tak ada kerusi. Hebat! Walaun pun janganlah mimpi nak tengok hudud atau RUU355 terlaksana sebab Gerakan anti semua tu. Gerakan boss besar. Kena patuh la. Guane boh?

Raja Gelap

 

JANGAN MISKINKAN NEGERI KAYA BILA ANDA MENGUNDI PN. MEREKA GAGAL DI 3 BUAH NEGERI.

 

Negeri yang kaya, macam Selangor,Penang dan N9 . Ada berbagai insentif untuk rakyat. Yang baru lahir pun dapat simpanan RM500 setahun sampai umur 4 tahun tak silap.

Golongan pencen pun ada insentif lain. Ada banyak skim. Ada pula jualan barangan keperluan pada harga diskaun setiap bulan. Rakyat dapat jimatkan belanja.

Aku pun tak termampu nak ingat sebab aku bukan tinggal di Selangor. Cuma keluarga mertua aku di sana. Tapi memang banyak yang rakyat Selangor dapat.

Begitu baru boleh kata negeri kaya dan maju. Itu baru petanda kerajaan negeri bijak mentadbir dan cakna kebajikan rakyat. Itu baru pemerintahan cara Islam.

Ini keperluan asas pun tak mampu beri. Dia hentam ukur kemajuan ikut shopping mall. Ini macam buat muka bangga naik Mercedes padahal kereta orang. Dia tumpang je. Memalukan betul. Guane boh?

Raja Gelap

 

SANUSI KENCING WALAUN DI KEDAH



 



Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya kena kencing dengan Sanusi.

Jun 2020, Sanusi nyatakan masalah air dijangka selesai paling lambat 2023.

Rupanya masalah air makin teruk. Selesainya tidak.

Kalau pun tidak selesai sepenuhnya 2023, sepatutnya keadaan semakin baik tapi sebaliknya pula yg berlaku. Keadaan air di negeri Kedah lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sblm Sanusi jadi MB dan pengerusi SADA pun tidak teruk begini!

Kesian rakyat yg menetap di negeri Kedah tambahan pula dalam keadaan cuaca panas melampau skrg.

Tapi orang Kedah mungkin suka dgn MB mulut besar ni. Hangpa undi lah dia. Tapi jangan ikut perangai dia salahkan semua pihak lain hanya untuk menutup kegagalan sendiri!

Ps : apa guna 10 ribu airport & pelabuhan kalau air bersih pun tak ada? Description: 🤣

#kedah #kedahdarulaman #KedahSejahtera #sanusi

 

INILAH KENYATAAN INI- DULU PENJAWAT AWAM SOKONG PN- LIHAT TUAN TUAN DAN PUAN PUAN JIKA KITA SOKONG PN INILAH NASIB KITA PENJAWAT AWAM. INI BUKAN TIPU INI KENYATAAN JELAS


Aku dengar masa PRU lepas ramai penjawat awam yang sokong PN. Sebab tu Radzi Jidin menang di Putrajaya. Tapi cuba penjawat awam tu tengok apa yang pemimpin PN kata ni.

Kesian penjawat awam. Lepas habis madu, sepah dibuang. Dah dapat undi, terus penjawat awam dianggap beban kerajaan. Beginilah cara PN ucap terima kasih undi mereka.

Mujur ini kerajaan Madani yang dipimpin oleh DS Anwar. Penjawat awam tak diabaikan. Kalaulah PN yang memerintah sekarang ini, bagaimana agaknya nasib penjawat awam? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

NIK AMAR KATA ANWAR TAK BANTU ISLAM. TAPI NI 7.7 JUTA MENATE APA NIH


 

PENGUSAHA :"KEBUN KERANG" PENANG- ORANG LUAR YANG TIDAK TAHU CAKAP BUKAN BUKAN. PENANG BEST.JANGAN UNDI PN-MELINGKUPKAN NEGERI DAN NEGARA


 

SAMBUTAN MB KELANTAN TERHADAP PMX- DALAM TEMU ANWAR PMX JELASKAN TENTANG CADANGAN PELABURAN SYARIKAT DARI QATAR BERMINAT DALAM BIDANG PERTANIAN.


 

MASA BAIK PELUK DAP. BELA DAP SAMPAI LUPA DIRI..BAIK NGAN UMNO GITU JUGA.....MUNAFIK BETOI


 

MEMANG FLIP FLOP, TETAPI PMX DAH UMUMKAN SAMBUNG SEMULA SUBSIDI DEMI RAKYAT KERANA HARGA DAN BEKALAN BELUM STABIL


 

UZTAZ ZUL JELASKAN TENGAN ZAMAN GULAW DAN ZAMAN TAKFIRI. PERANGAI PAS NI PELIK.


 

APA PANDANGAN ANWAR TENTANG KELANTAN DAN PER EZAAN POLITIK. LIHAT PANDANGAN BELIAU TENTANG MB MAT YAAKOB


 

PELAJAR TERUJA BERTEMU PMX


 

TAPI DIA ANGKAT SUMPAH LINDUNG PERLEMBAGAAN- SIAPA TAK JADI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - BUKAN ISLAM- KEH..KEH...KEH PARTI AJARAN SESAT.


 

MENGAPA KITA PANGGIL KRITIK KERAJAAN SEBAGAI KERA DAN TUPAI


 

APA ITU SELUANG


 

PEGAWAI POLIS BUAT HAL DITAHAN


 

[LANGSUNG] Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan | 18 Jun 2023


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok , Kelantan.

ANWAR DI UMK KELANTAN. SAMBUTAN HEBAT


 

UNTUK GENERASI MUDA- PEMFITNAH ANWAR TERIMA HUKUMAN SEWAJAR NYA SELEPAS ANWAR DIPENJARAKAN. DAN PERCAYALAH, IANYA BUKAN KEBETULAN. KINI PERANCANG UTAMA MASIH HIDUP DAN APA PEMBALASAN KITA BELUM TAHU LAGI.


 

PENGIKUT HADI SAMPAI NAK BUNUH MAHATHIR....NI PARAH NI.


 

KATANYA POLIS WANITA INSP PERCUBAAN TU LAGI. BUAT HAL LAGI.


 

[ditahan] POLIS SAHKAN MENAHAN! PEMIMPIN BERSATU YANG MENGHASUT!



Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan memuat naik kandungan di media sosial berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat kepada Tan Sri Lim Kit Siang. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, dekat George Town 13 Jun lepas. "Pada 7 Jun 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada orang awam mengenai beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam. "Susulan itu, pada 13 Jun 2023 pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung memuat naik kandungan di media sosial berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.




CERAMAH MADANI DATO JAMIL KHIR RESPON SANUSI DAKWAAN PULAU PINANG MILIK ...

[LANGSUNG] Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Ke...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan.


MACAMANA LA HANG BOLEH JADI WAKIL RAKYAT. OTAK TAK BERKEMBANG. PAK CIK NI BERSYARAH. ORANG KUANTAN.,WAKIL RAKYAT HANGPA NI SELAIN TAK PASTI...DIA PUNYA IDEA KELAUT...HAAAPAAA DAAAA..


 

JAKIM JANGAN JADI LUBOK WALAUN. KENA PERLUASKAN BIDANG PENDDIKAN DAN LAIN LAGI


 

FAHMI REZA PELUKIS SATIRA TANPA FAHAMAN POLITIK






Ada yang tanya tentang Fahmi Reza. Sejujurnya aku tak ambil peduli pun. Aku tak follow tapi ada masa postingnya menyinggah juga di newsfeed aku.

Ada yang kata karya terakhirnya punyai unsur lucah. Tapi dia orang seni. Dalam seni tiada istilah lucah. Bagi mereka seni tak mempunya sempadan.

Lukisan Fahmi Reza memang tentang politik. Tapi yang aku lihat, dia bukan orang yang berpegang kepada satu-satu kefahaman. Karyanya tak terikat.

Ada kala dia kutuk PH. Ada kala dia kutuk PN. Ada kalanya Mahathir jadi bahan. Senang cerita, Fahmi Reza tidak ada kecenderungan politik yang jelas.

Bagi aku lukisan Fahmi Reza lebih kepada pendapat popular. Berdasarkan isu semasa, bukan pendapat peribadinya terhadap isu tersebut hasil kajian atau pemahaman yang mendalam.

Contohnya, kalau pendapat popular dan isu semasa mengutuk Sanusi, maka lukisannya nanti berbentuk apa yang orang kata tentang Sanusi. Dia jelmakan pendapat popular dalam bentuk lukisan.

Terbaharu karikatur Rafizi sedang meluncur jatuh bersama graf ekonomi hingga tertanggal seluarnya. Bukannya realiti tapi itu isu yang sedang dimainkan.

Aku tak pasti kalau dia turut berpendapat sebegitu tapi yang aku pasti, itu isu yang dia dengar. Itulah pendapat yang popular yang bermain di telinganya.

Orang seperti Fahmi Reza ni, tak perlu ambil hati sangat. Dia tak akan ambil pusing dengan kritikan. Baginya, dia cuma mahu jujur dalam berkarya.

Kalau kita marahkan Fahmi Reza, tengok-tengok dia keluarkan lukisan mengutuk PN. Lepas tu kita pula gunakan lukisannya. Akhirnya kita yang jadi lawak.

Seeloknya diabaikan saja. Tak perlu beri perhatian. Mulutnya takkan dapat disumbat, tangannya takkan dapat diikat. Dia akan terus buat apa yang dia yakin betul.

Seperkara lagi tentang Fahmi Reza ni, rasanya dia seronok dikecam atau dikritik. Itu bagaikan tonik baginya. Lagi dikecam, lagi aktif dia berkarya.

Seeloknya kita lihat lukisan Fahmi Reza ni sebagai indikasi isu semasa. Contohnya lukisannya tentang Rafizi. Mungkin itu pandangan sebahagian rakyat.

Yang perlu dibuat adalah berikan penerangan yang jelas mengenai kedaan sebenar. Jelaskan bahawa pendapat dalam gambar itu sebenarnya tak tepat.

Itu lebih penting dari mengecam Fahmi Reza hingga kelihatan tak demokratik. Lukisan Fahmi Reza boleh jadi gambaran salah faham rakyat terhadap. Jadi tugas pemimpin untuk perbetulkan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

APA HEBATNYA KHAIRY JAMALUDDIN NIH ? ATAU PERNAH MENJADI UTUSAN SUATU KETIKA DAHULU DIZAMAN PAK LAH MENJADI PM

 


WARNA WARNI KJ DENGAN ANWAR, SIAPA UNTUNG JIKA BELIAU DIBERI JAWATAN?

 

 

Di sebalik riuh rendah orang ramai bercakap mengenai kehadiran Khairy Jamaluddin dalam perjumpaan bersama beberapa ahli ekonomi dengan Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu, yang lebih banyak diperkatakan akhirnya ialah apa akan jadi kepada bekas Menteri Kesihatan itu selepas ini?

Ada yang mengatakan beliau akan diberi jawatan menteri dalam tempoh terdekat ini.

Yang lain menyatakan Khairy atau KJ akan dijadikan sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri.

Ada pula menyebut bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat daripada parti itu, dengan jawatan dalam kerajaan diberikan lebih dulu kepadanya, selepas ini akan menyertai PKR untuk meneruskan perjuangannya.

Aspek ilmu ekonomi dan memulihkan keadaan negara yang mampu disumbangkannya hampir tidak dipedulikan sama sekali.

Yang lebih diperkirakan, jawatan apa dan apa jadi kepada masa depannya selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri itu.

Soalnya, apakah Anwar turut memikirkan ke arah itu dan memang itu tujuan beliau menjemput KJ bertemu dengannya bersama sekumpulan ahli ekonomi, baru-baru ini?

Ternampak ramai yang teruja dengan jemputan Anwar terhadap KJ itu, termasuk ada penyokong PKR yang mengatakan jika menantu Tun Abdullah Badawi itu memilih bersama dalam kerajaan perpaduan, ia adalah suatu tamparan kepada PN yang lebih dulu cuba memikat bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini.

Kata mereka lagi, dengan KJ memilih bersama kerajaan perpaduan juga, PN dijangka lebih awal tersungkur sama ada untuk menawan Selangor atau Negeri Sembilan dalam PRN akan datang ini.

Menyelak kembali sejarah masa lalu, hubungan Anwar dengan KJ sebenarnya bukanlah baru, walaupun hubungan mereka ada warna warninya yang tersendiri.

Lama sebelum menceburi dunia politik, KJ dikatakan sebagai peminat Anwar sejak beliau belajar di luar negara lagi.

Ketika Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004 melalui keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapatinya tidak bersalah dalam kes Liwat 1, KJ yang ketika itu merupakan menantu Tun Abdullah Badawi telah berkunjung ke rumah Anwar di Bukit Damansara berkaitan urusan passport yang dipohon agar dipercepatkan.

Ia bagi tujuan untuk Anwar segera menjalani rawatan tulang belakang di Jerman selepas pembebasannya itu.

Sejak itu, selain peranannya mengetuai apa yang disebut sebagai Budak-Budak Tingkat 4 menjadi bualan, nama KJ terus hangat diperkatakan berhubung pengaruhnya dalam kerajaan, sambil beliau sendiri terus meniti tangga demi tangga dalam karier politiknya bersama UMNO

Dalam kempen PRU 2008 di mana dalam sebuah ceramah di Lembah Pantai, beliau didapati mengungkapkan perkataan “main belakang” serta menggambarkan Anwar sebagai tidak bermoral, KJ telah disaman fitnah oleh Anwar.

Saman itu diputuskan pada 2017 oleh Mahkamah Tinggi di mana KJ didapati bersalah dan diarah membayar RM210 ribu kepada Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 2018 kemudiannya juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sehinggalah pada 2022 di mana KJ sendiri menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan, maka kekallah Anwar sebagai pemenang dalam kes saman itu.

Selepas kekalahan BN pada PRU

2018, KJ yang hilang jawatan menteri ketika itu sekali lagi menjadi bualan apabila beliau dilihat minum-minum bersama anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli di Bangsar.

Perjumpaan mereka itu juga mencetuskan spekulasi kemungkinan ketiga-tiga menubuhkan sebuah parti baru, tambahan lagi Rafizi dan Nurul Izzah ketika terketepi dalam pentadbiran kerajaan PH yang dikuasai Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi kenyataan di mana KJ akhirnya kekal bersama UMNO, manakala Rafizi dan Nurul Izzah tetap setia bersama PKR.

KJ pula selepas Langkah Sheraton pada 2020 turut beroleh jawatan menteri, bermula di era Mahiaddin Md Yasin dan kemudian di bawah Ismail Sabri Yaakob.

Selepas kalah di Sungai Buloh pada PRU15 dan dipecat daripada UMNO kerana dilihat sebagai ancaman kepada Zahid Hamidi, seterusnya menjadi penyampai radio Hotfm dan mempopularkan dirinya melalui podcast Keluar Sekejap dengan mengulas pelbagai isu semasa dalam negara, KJ pada hakikatnya tidak membiarkan dirinya tenggelam dalam arus politik negara.

Lantaran ada harga pada dirinya, beliau cuba dipikat oleh Bersatu dan PN untuk menyertai parti itu dengan dijanjikan sebagai calon dalam PRN akan datang.

Walau bertemu beberapa kali dengan Mahiaddin, tetapi KJ tidak membuat sebarang keputusan, sehinggalah beliau dijemput pada Jumaat lalu untuk berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara bersama sejumlah ahli ekonomi dan turut disertai bekas Menteri Kewangan Kedua, Johari Ghani.

Susulan perjumpaan tersebut dan spekulasi mengenai dirinya, Mahiaddin dilaporkan akan bertemu KJ sekali lagi minggu depan untuk memuktamadkan tawaran kepadanya.

Ada khabar menyebut, Mahiaddin mungkin menawarkan KJ sesuatu yang sukar ditolak iaitu bertanding di Selangor, seterusnya ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar bagi PN dalam usaha mereka menawan negeri itu.

Pokoknya, terutama selepas berjumpa Anwar Jumaat lalu, harga KJ semakin mahal sekarang ini dan PH serta PN seolah-olah saling berebut dirinya.

Apa pilihan KJ?

Bersama Anwar dan kerajaan perpaduan atau bersama Mahiaddin dan PN?

Apa pun pilihan KJ akhirnya, keputusannya tentulah yang memungkinkan mampu memberi lorong lebih baik kepada masa depannya dalam politik.

Kalau Anwar lebih memberi untung, maka itulah pilihan KJ dan sekiranya dengan bersama Mahiaddin pula dirasakan membawa lebih untung, maka bersama Mahiaddinlah pilihan beliau akhirnya.

Di waktu yang sama, baik Anwar atau Mahiaddin, kecenderungan mereka untuk menarik KJ tentulah turut kerana merasakan ada manfaat yang boleh diperolehi dan dipergunakan daripada watak bekas Menteri Kesihatan itu.

Cuma, kita sebagai rakyat dan pengundi biasa – apa untungnya kita daripada mana-mana pilihan KJ itu? – ShahbudinHusin 18/06/2023.

 

 


33 TAHUN MEMERINTAH, BUKAN MAKIN MAJU TETAPI PAPA KEDANA. SEBAB APA ? SEBAB TAK JUJUR. DUIT KEPERLUAN AIR UNTUK RAKYAT 1.7 BILLION, TETAPI MINTA 8 BILLION. JAUH LANGIT NGAN BUI. TAK PANDAI CARI SENDIRI KE ?

 







33 tahun dah memerintah. Bukan jadi makin kaya tapi makin papa. Tengok hentian bas je boleh tahu macamana. Elok lagi stesen bas tahun 80an dulu.

Yang kaya cuma exco. Dan anak beranak pemimpin PAS. Tak ketinggalan BOD syarikat air Kelantan. Itu memang tak boleh dinafikan. Meriah dorang beraya.

Satu lagi tengok Kedah. Kalau dulu negeri ketiga paling miskin, sekarang dah jadi kedua. Tu baru berapa bulan memerintah. Apa kejayaan PAS ada?

Buat jalan pun dia tak tak perlu sebab guna setahun sekali. Masalah air tak ada, suruh buat telaga. Tak pun mandi belakang Tesco KB. Pembuangan pun dia sengaja dilambatkan. Macam ni rakyat nak?

Kalau PAS boleh jadikan Kelantan kaya, Kelantan dah kaya sekarang ni. Kelantan miskin sebab PAS tak pandai tadbir. Itu hakikat sebenar. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

KISAH KENTUT

 



Satu hari di kedai makan, ada sekumpulan kawan sedang menjamu selera. Sedang mereka sedap menikmati juadah, tiba-tiba keluar bau yang amat busuk. Seorang daripada mereka rupanya telah terkentut.

Tapi biasalah, siapa nak mengaku. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Selesai makan, tiba masa untuk beredar. Mereka semua bayar untuk makanan masing-masing. Tiba-tiba tauke kedai pun berbunyi,

"Yang kentut tadi belum bayar lagi!"

Semua terkejut. Salah seorang dari mereka terus jawab "saya dah bayarlah tadi!". Kemudian baru dia perasan dia dah buat silap. Sekarang tahulah orang bau kentut yang busuk melampau tu sebenarnya dari dia.

Kenapa cerita ni?

Tak ada apa. Seja nak cerita. Biasanya bila orang terasa dengan suatu cerita tu, sebab dia ada kena mengena dengan cerita tersebut.

Jadi bila disebut tentang penunggang dan penjual agama, tiba-tiba ada yang menjerit marah kononnya itu fitnah, maka tahulah kita bahawa dialah yang tunggang dan jual agama. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

WARLORDS (ULANGSIAR ATAS PERMINTAAN RAMAI )




1. Ramai benci Najib, kerana kes 1MDB. Klepto terkenal abad ini. Sekarang dia sudah dihakimi. Nak dapat ampun pun saya rasa lambat lagi.

2. Next is President UMNO sekarang. Masa PRU15 hari tu, dia pemimpin yang paling dibenci. Kita tengok dia sebagai lambang korupsi. Kluster Mahkamah yang saban hari dicaci. More so, tersembam ke tanah Parti Keramat, bila dia kepalai. PRU15 hanya tinggal 30 kerusi.

3. Lepas UMNO melemah, ramai Warlords sudah naik tocang. Presiden parti mereka tak pandang. Mula selingkuh dengan Parti lawan. Makanya, ada yang digantung dan ada yang ditendang.

4. Warlords ini mula cari ranting lain. Ya lah namapun politikus, mana reti buat benda lain. They breath in and out for power. Selagi badan dikandung nyawa.

5. Isu nya, kita benci Najib dan Zahid, bukan saja sebab skandal yang ada, tetapi sebab mereka juga ketuai Parti mereka. UMNO rosak maka mereka patut tanggung akibatnya.

Namun, bagaimana dengan Warlords yang ada? Suci ke mereka?

6. Skandal MARA dan KL Tower? Helikopter hilang di MINDEF? Skandal tender benih padi dan pertenakan Udang di Kementerian Pertanian? Isu kes cabul pelajar bawah umur?

7. Ini semua kes2 yang dikaitkan dengan warlords UMNO. Tapi, tak diwar2kan secara meluas kerana mereka bukan orang nombor satu.

8. Kalau dilihatkan kepada lifestyle mereka, ada ke yang sederhana? Mostly pun kaya raya. Ada warlord Menteri yang turun padang pun pakai Burberry, jam tangan harga ratus ribu lagi. Kaum keluarga pun boleh tahan. Dapat projek sana sini.

9. UMNO rosak bukan sebab perangai seorang saja. Warlords pun ada peranan. Namun, mereka ini sudah bersepah masuk parti lawan. Adakah sekarang sudah disucikan?

10. Pada saya, pemimpin UMNO banyak yang rosak. Bukan hanya tuan Presiden mereka. Warlords pun sama.

11. Pergi mana pun mereka nanti, hatta masuk parti syurga sekalipun, harus kita tolak.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


DUIT POLITIK

 


1. Minggu ini, dunia politik dikejutkan (setengah tak terkejut sangat) dengan pelbagai pendedahan bahawa UMNO pernah ada dana RM100 bilion. Namun sekarang tinggal ciput saja.

2. Soalan pertama, Rakyat biasa akan tanya, betul ke amaun tu? Punyalah banyak?! Tetapi kalau dibuat rujukan parti yang ada. Parti baru tubuh pun duit kena sita sampai beratus juta. Tu pun sita lepas pilihanraya. Bayangkan berapa banyak dah habis masa PRU.

3. Kalau parti baru tubuh 3 tahun ada RM130 juta dalam akaun. Kita boleh bayangkan berapa banyak Parti 60 tahun memerintah pernah simpan dan belanjakan.

4. Soalan kedua, Rakyat biasa berhak tanya, mana datang dana punya banyak tu? Mereka kata donation. Ada yang kata parti politik buat bisnes.

5. Logically, parti politik buat bisness dan untung melalui projek dan tender Kerajaan. Itu paling senang. It’s an open secret, mereka dapat AP dan pink form, bagi nominee pegang.

6. Lepas UMNO kena haram tahun 1986, semua harta UMNO dah tak diletak bawah nama parti. Takut kena haram lagi. Lalu mereka cari proksi dan kroni. Kononnya pegang atas nama parti.

7. Tapi at the end, kroni lari. Mereka tak ngaku duit tu duit UMNO. Semua claim duit sendiri. Tengokkan Bendahari UMNO, dari Tun Daim, TSJJ, dan Ku Nan. Di Sarawak ada Tun Taib Mahmud. Harta berbilion jua. Keluarga pun berebut sama.

8. Bila PM5 jadi Presiden UMNO, harta UMNO dah berkurang. Ramai proksi yang pegang. Aset UMNO pun banyak yang hilang.

9. Yang ramai tertanya2, harta UMNO itu berbilion. Kita diberitahu Melayu malas dan perlu berusaha. Cash is not King, jangan harapkan bantuan Kerajaan saja. Makanya, harta berbilion UMNO buat apa sebenarnya, kalau bukan untuk rakyat.

10. Mereka kata jangan dok mintak ikan, perlu belajar dapatkan joran. It’s only fair kalau ia terpakai juga kepada kayangan. Bilamana mereka sendiri pun meniaga tender dan monopoli Kerajaan.

11. Melayu tetap miskin di negara sendiri. Nelayan, pesawah dan petani. Masih lagu tu hingga kini. Walaupun dah 60 tahun DEB.

12. Malaysia, negara ketiga dalam dunia dalam Indeks Kapitalis Kroni. Maknanya kekayaan negara hanya dikongsi oleh golongan elitist. Terang cakap orang politik!

13. Mereka guna Melayu terancam sebab kaum lain. Namun hakikatnya, 60 tahun memerintah mereka yang kaya raya. Melayu marhein struggle seperti biasa.

14. Bangkit bangsaku. Jangan lagi ditipu.

Jangan pajak otak pada mereka. Guna politik kaum dan agama. Sebenarnya untuk terus berkuasa. Merompak harta negara. Dengan alasan untuk duit politik mereka. Walhal, disakau sama rata.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

MASAALAH LIFT IALAH APABILA BEBANAN BERLEBIHAN. DAN INI KITA CUBA ATASI.


 

SEPATUTNYA MP KUANTAN MELIHAT KEPADA KESUSAHAN JURURAWAT DI PEDALAMAN PAHANG UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PENDUDUK PEDALAMAN. INI....PAKAIAN YANG KO BISINGKAN...AKAI TAK DAK.


 

SUMBANGAN KERAJAAN MADANI UNTUK SELURUH MASJID DI KEDAH SEMPENA AIDILADHA.


 

Pakaian jururawat: Direka untuk kesesuaian tugas, jangan terlalu prejudis


 Kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor terhadap pemakaian jururawat yang dikatakan terlalu ketat dan tidak patuh syariah disifatkan sebagai terlalu prejudis dan skeptikal.


Menurut Ketua Srikandi Keadilan Negeri Sembilan, Nadhirah Halim, pimpinan pembangkang yang bercakap di parlimen seharusnya lebih mendasari tugas sebagai seorang Ahli Parlimen terutama untuk peka pada isu dan masalah utama rakyat terutamanya di dalam memperbaiki ekonomi atau kos sara hidup rakyat dalam peralihan fasa endemik pada waktu ini.


Namun katanya, sikap Ahli Parlimen PN dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu amat mengecewakan kerana lebih mempersoalkan isu peribadi dan mengaitkan soal agama dalam isu kerjaya kejururawatan.

Nadhirah Halim

"Bagi saya pihak pembangkang harus lebih bijak dalam memahami keperluan pemakaian tertentu menurut kerjaya.


"Kod dan etika pemakaian jururawat adalah berdasarkan keperluan pekerjaan kerana setiap pegawai perubatan berdepan dengan risiko dalam mengendalikan peranti perubatan berwayar, mesin pengesan ritma jantung dan pelbagai mesin perubatan yang menggunakan pendawaian dan elektrik bervoltan tinggi seperti mesin ECG dan ventilator.


"Golongan ini harus memakai pakaian yang tidak terlalu longgar agar mudah menjalankan tugas dan mengendalikan mesin peranti perubatan berwayar.


"Pemakaian yang terlalu labuh dan longgar akan meninggikan risiko kepada pegawai perubatan dalam mengendalikan mesin peranti perubatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN itu, uniform bagi setiap pekerja kesihatan juga dicipta khusus mengikut spesifikasi khas yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia di bawah etika kod pemakaian dan penilaian risiko bagi memudahkan mereka menjalankan tugas memandangkan golongan tersebut berdepan risiko tinggi dalam mengendalikan pesakit seperti cecair, darah dan infeksi dari pesakit.


Malah, katanya, telah ditetapkan pakaian khusus jururawat dibuat daripada 65% poly dan 35% kain kapas yang memberi tapisan maksima terhadap kuman. Kain ini bukan jenis melekap di tubuh dan tidak menyerap.


Oleh itu, beliau menyarankan agar pihak pembangkang tidak mengkritik secara semberono sebaliknya menggunakan ruang sebagai Ahli Parlimen untuk membincangkan isu rakyat yang lebih relevan lagi idealis dalam mewujudkan dasar atau undang-undang yang memihak kepada keperluan rakyat semasa, bukan berbahas isu peribadi dan mengkritik berperisaikan alasan agama.


"Berhentilah mendefinisikan nilai iman dan agama seseorang atau sesetengah kerjaya hanya daripada pemakaian, sebaliknya lihatlah kepada keperluan pekerjaan dan sumbangan mereka dalam bidang perubatan.


"Fokus pada saranan dasar yang lebih menjaga hak kebajikan golongan pekerja kesihatan ini yang paling besar sumbangannya ketika musim pandemik.


"Budaya menghakimi nilai agama seseorang atau sesebuah profesi hanya dari pemakaian yang terzahir adalah tidak wajar.


"Di dalam sebuah hadis bersanad Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian."," katanya lagi.


Justeru, Nadhirah yang juga seorang pengamal undang undang menasihati pembangkang supaya menghormati kerjaya dan kod etika kerja seseorang kerana setiap daripada mereka berkhidmat menurut keperluan dan risiko tersendiri.