1. Minggu ini, dunia politik dikejutkan (setengah tak terkejut
sangat) dengan pelbagai pendedahan bahawa UMNO pernah ada dana RM100 bilion.
Namun sekarang tinggal ciput saja.
2. Soalan pertama, Rakyat biasa akan tanya, betul ke amaun tu?
Punyalah banyak?! Tetapi kalau dibuat rujukan parti yang ada. Parti baru tubuh
pun duit kena sita sampai beratus juta. Tu pun sita lepas pilihanraya.
Bayangkan berapa banyak dah habis masa PRU.
3. Kalau parti baru tubuh 3 tahun ada RM130 juta dalam akaun.
Kita boleh bayangkan berapa banyak Parti 60 tahun memerintah pernah simpan dan
belanjakan.
4. Soalan kedua, Rakyat biasa berhak tanya, mana datang dana
punya banyak tu? Mereka kata donation. Ada yang kata parti politik buat bisnes.
5. Logically, parti politik buat bisness dan untung melalui
projek dan tender Kerajaan. Itu paling senang. It’s an open secret, mereka
dapat AP dan pink form, bagi nominee pegang.
6. Lepas UMNO kena haram tahun 1986, semua harta UMNO dah tak
diletak bawah nama parti. Takut kena haram lagi. Lalu mereka cari proksi dan
kroni. Kononnya pegang atas nama parti.
7. Tapi at the end, kroni lari. Mereka tak ngaku duit tu duit
UMNO. Semua claim duit sendiri. Tengokkan Bendahari UMNO, dari Tun Daim, TSJJ,
dan Ku Nan. Di Sarawak ada Tun Taib Mahmud. Harta berbilion jua. Keluarga pun
berebut sama.
8. Bila PM5 jadi Presiden UMNO, harta UMNO dah berkurang. Ramai
proksi yang pegang. Aset UMNO pun banyak yang hilang.
9. Yang ramai tertanya2, harta UMNO itu berbilion. Kita
diberitahu Melayu malas dan perlu berusaha. Cash is not King, jangan harapkan
bantuan Kerajaan saja. Makanya, harta berbilion UMNO buat apa sebenarnya, kalau
bukan untuk rakyat.
10. Mereka kata jangan dok mintak ikan, perlu belajar dapatkan
joran. It’s only fair kalau ia terpakai juga kepada kayangan. Bilamana mereka
sendiri pun meniaga tender dan monopoli Kerajaan.
11. Melayu tetap miskin di negara sendiri. Nelayan, pesawah dan
petani. Masih lagu tu hingga kini. Walaupun dah 60 tahun DEB.
12. Malaysia, negara ketiga dalam dunia dalam Indeks Kapitalis
Kroni. Maknanya kekayaan negara hanya dikongsi oleh golongan elitist. Terang
cakap orang politik!
13. Mereka guna Melayu terancam sebab kaum lain. Namun hakikatnya,
60 tahun memerintah mereka yang kaya raya. Melayu marhein struggle seperti
biasa.
14. Bangkit bangsaku. Jangan lagi ditipu.
Jangan pajak otak pada mereka. Guna politik kaum dan agama.
Sebenarnya untuk terus berkuasa. Merompak harta negara. Dengan alasan untuk
duit politik mereka. Walhal, disakau sama rata.
Salam hormat,
Liyana Marzuki