1. Ramai benci Najib, kerana kes 1MDB. Klepto terkenal abad ini.
Sekarang dia sudah dihakimi. Nak dapat ampun pun saya rasa lambat lagi.
2. Next is President UMNO sekarang. Masa PRU15 hari tu, dia
pemimpin yang paling dibenci. Kita tengok dia sebagai lambang korupsi. Kluster
Mahkamah yang saban hari dicaci. More so, tersembam ke tanah Parti Keramat,
bila dia kepalai. PRU15 hanya tinggal 30 kerusi.
3. Lepas UMNO melemah, ramai Warlords sudah naik tocang.
Presiden parti mereka tak pandang. Mula selingkuh dengan Parti lawan. Makanya,
ada yang digantung dan ada yang ditendang.
4. Warlords ini mula cari ranting lain. Ya lah namapun
politikus, mana reti buat benda lain. They breath in and out for power. Selagi
badan dikandung nyawa.
5. Isu nya, kita benci Najib dan Zahid, bukan saja sebab skandal
yang ada, tetapi sebab mereka juga ketuai Parti mereka. UMNO rosak maka mereka
patut tanggung akibatnya.
Namun, bagaimana dengan Warlords yang ada? Suci ke mereka?
6. Skandal MARA dan KL Tower? Helikopter hilang di MINDEF?
Skandal tender benih padi dan pertenakan Udang di Kementerian Pertanian? Isu
kes cabul pelajar bawah umur?
7. Ini semua kes2 yang dikaitkan dengan warlords UMNO. Tapi, tak
diwar2kan secara meluas kerana mereka bukan orang nombor satu.
8. Kalau dilihatkan kepada lifestyle mereka, ada ke yang
sederhana? Mostly pun kaya raya. Ada warlord Menteri yang turun padang pun
pakai Burberry, jam tangan harga ratus ribu lagi. Kaum keluarga pun boleh
tahan. Dapat projek sana sini.
9. UMNO rosak bukan sebab perangai seorang saja. Warlords pun
ada peranan. Namun, mereka ini sudah bersepah masuk parti lawan. Adakah
sekarang sudah disucikan?
10. Pada saya, pemimpin UMNO banyak yang rosak. Bukan hanya tuan
Presiden mereka. Warlords pun sama.
11. Pergi mana pun mereka nanti, hatta masuk parti syurga
sekalipun, harus kita tolak.
Salam hormat,
Liyana Marzuki