Ada yang tanya tentang Fahmi Reza. Sejujurnya aku tak ambil
peduli pun. Aku tak follow tapi ada masa postingnya menyinggah juga di newsfeed
aku.
Ada yang kata karya terakhirnya punyai unsur lucah. Tapi dia
orang seni. Dalam seni tiada istilah lucah. Bagi mereka seni tak mempunya
sempadan.
Lukisan Fahmi Reza memang tentang politik. Tapi yang aku lihat,
dia bukan orang yang berpegang kepada satu-satu kefahaman. Karyanya tak
terikat.
Ada kala dia kutuk PH. Ada kala dia kutuk PN. Ada kalanya
Mahathir jadi bahan. Senang cerita, Fahmi Reza tidak ada kecenderungan politik
yang jelas.
Bagi aku lukisan Fahmi Reza lebih kepada pendapat popular.
Berdasarkan isu semasa, bukan pendapat peribadinya terhadap isu tersebut hasil
kajian atau pemahaman yang mendalam.
Contohnya, kalau pendapat popular dan isu semasa mengutuk
Sanusi, maka lukisannya nanti berbentuk apa yang orang kata tentang Sanusi. Dia
jelmakan pendapat popular dalam bentuk lukisan.
Terbaharu karikatur Rafizi sedang meluncur jatuh bersama graf
ekonomi hingga tertanggal seluarnya. Bukannya realiti tapi itu isu yang sedang
dimainkan.
Aku tak pasti kalau dia turut berpendapat sebegitu tapi yang aku
pasti, itu isu yang dia dengar. Itulah pendapat yang popular yang bermain di
telinganya.
Orang seperti Fahmi Reza ni, tak perlu ambil hati sangat. Dia
tak akan ambil pusing dengan kritikan. Baginya, dia cuma mahu jujur dalam
berkarya.
Kalau kita marahkan Fahmi Reza, tengok-tengok dia keluarkan
lukisan mengutuk PN. Lepas tu kita pula gunakan lukisannya. Akhirnya kita yang
jadi lawak.
Seeloknya diabaikan saja. Tak perlu beri perhatian. Mulutnya
takkan dapat disumbat, tangannya takkan dapat diikat. Dia akan terus buat apa
yang dia yakin betul.
Seeloknya kita lihat lukisan Fahmi Reza ni sebagai indikasi isu
semasa. Contohnya lukisannya tentang Rafizi. Mungkin itu pandangan sebahagian
rakyat.
Yang perlu dibuat adalah berikan penerangan yang jelas mengenai
kedaan sebenar. Jelaskan bahawa pendapat dalam gambar itu sebenarnya tak tepat.
Itu lebih penting dari mengecam Fahmi Reza hingga kelihatan tak
demokratik. Lukisan Fahmi Reza boleh jadi gambaran salah faham rakyat terhadap.
Jadi tugas pemimpin untuk perbetulkan. Guane boh?
.