Institusi pondok di negara ini berjasa besar dalam mempertahankan nilai keislaman orang Melayu ketika era penjajahan Inggeris.
Hal itu diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah
Hasanah Melele di Kedah.
Katanya, institusi pondok di Malaysia dan pesantren di Indonesia
adalah benteng umat mempertahankan akidah daripada dilanggar penjajah Barat.
Bagaimanapun, katanya, institusi pondok perlu juga mengembangkan
pendidikan kepada ilmu ilmu selain agama untuk menjawab perkembangan terkini.
"Walaupun pondok pondok kekal tradisi dan turath tetapi juga
perlu menguasai pelbagai ilmu supaya dapat menghadapi tantangan zaman. Kalau
kita kekal dengan yang lama sahaja maka kemungkinan arus perubahan, tekanan
dari luar tak dapat di tahan.
"Bagaimana boleh kita cantum semangat kedua duanya?
"Sebab itu di negara ini kita ungkap dalam Madani. Madani
tidak sama dengan konsep yang dibawa oleh filasuf atau dari Barat. Ia masih
berakar kepada keyakinan, nilai dan akhlak
"Sama ada kita bicara soal ekonomi, atau negara, digital, dia
tidak boleh terpisah daripada nilai
"Sebab itu kita bicara soal kemampanan yang mesti ditegakkan
dengan nilaai," katanya.
Justeru PM menekankan, sama ada yang belajar di pondok atau yang
mengurus ekonomi negara, semua perlu faham falsafah Madani.
Katanya, rakyat tidak boleh rakyat dibiar miskin dalam masa yang
sama pentadbir pula tidak boleh sering berhutang sehingga RM1.5 trilion untuk
memenuhi keperluan rakyat.
"Sebab itu orang yang mengurus ekonomi harus faham apa itu
Madani. Belanja lebih, apa itu defisit. Pendapatan RM1000, belanja RM1500. Ini
yang kita alami puluhan tahun. Sekarang kita ubah. Kurangkan belanja. Jangan
bebankan rakyat," katanya.
Selain itu, kata Anwar, dalam pentadbirannya beliau juga mahu
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelami dan mendalami lebih banyak
daripada bidangnya; termasuk ekonomi, digital dan sebagainya.
Biar pun ada orang bukan Islam, katanya, mula mencurigai apakah PM
mahu JAKIM menyerapkan fahaman Islam ke dalam semua institusi negara.
Namun bagi beliau hal itu penting bagi melahirkan muslim yang
sederhana dan Madani dalam semua sektor agar negara tidak terlibat dalam
pertentangan golongan keras dan sederhana yang akan menyusahkan semua rakyat
sekiranya tidak dibendung.