MP PAS Fikir Tanah KLSCAH Sama Tanah Dataran Khairunnisa, Kuala Terengganu.
1. Kita boleh faham mengapa MP-MP PAS begitu lantang di Parlimen berkaitan isu tanah pajakan KLSCAH. Sebab mereka terbuai perasaan YB Menteri ( baca DAP ) konon ‘boleh’ mengguna pakai kuasa eksekutif yang ditanggapi wujud untuk ‘dictated’ prosedur pemberian pajakan dengan nilai yang diluluskan.
Sedangkan pihak yang meluluskan itu sepenuhnya di bawah jawatankuasa JPKTG yang dipengerusikan oleh KSN. Tiada cina walaupun seorang.
2. Mengapa wujud cara fikir begitu kerana puak PAS mengguna pakai ‘garis panduan patuh syariah’ pemberian pajakan sebuah tanah berharga di Bandaraya Kuala Terengganu yang bernilai premium RM 29.37 juta boleh diberikan kepada sebuah persatuan milik seorang isteri Menteri Besar yang dikatakan bakal perdana menteri satu hari nanti; hanya sebanyak RM500,000 sahaja. Tanah itu luasnya 11,300 kaki persegi.
3. Pemberian tanah ini Tidak Disokong oleh Pendaftar Tanah Kuala Terengganu.
4. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga dilaporkan tidak menyokong penjualan ini.
5. Tanah dataran ini pernah diwartakan untuk tujuan awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara pada 28 April 2011.
6. Justeru, pada takat tohor ilmu pentadbiran tanah puak PAS; ‘jika aku boleh langgar halal haram semua prosedur untuk beri tanah awam strategik negeri pada kadar murah kepada persatuan isteri..’
“ Maka takkan Menteri DAP tak boleh buat pada tanah dan bangunan di KL beri pada kelab cina”.
“Kalau aku PAS, berani buat jahat ambil tanah.. mestilah DAP lagi jahat. Takkan lebih baik dari aku, pejuang Islam”..
Begitulah logik otak benak mereka berfikir.
7. Saksi hidup yang membuat laporan SPRM atas apa yang berlaku kepada isu tanah dataran Kharunnisa ini ialah pejuang Penyatuan Ummah tersohor negeri kini, Ketua Pemuda UMNO. Tengku Haphiz.
8. Dan antara individu yang menemani beliau membuat laporan SPRM ketika itu ialah Zamir Ghazali sebagai Ketua Pemuda PH.
9. Kedua saksi ini masih hidup dan boleh bertanya pada mereka.
10. Kesimpulannya, janganlah kita terlalu pelik melihat kekok dan canggung MP-MP PAS berdepan YB Menteri ( cina DAP ) di Parlimen berkaitan isu tanah bagaikan buta kayu.
11. Sebab kitab pengurusan tanah mereka difahami secara ‘kembali kepada penyelesaian Islam’ mengikut tafsir mereka sendiri.
Wallahualam,
Zamir Ghazali.
Ketua Kawasan PH Kuala Terengganu

No comments:
Post a Comment