
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika Sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada 26 November 2026.
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, dadah jenis syabu seberat 3 tan bernilai lebih RM70 juta dikesan diseludup keluar melalui dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sekitar Sabah, sejak dua tahun lalu.
Menurut beliau, jenis dadah itu diseludup melalui 21 transaksi, masing-masing sebanyak tujuh transaksi dari Pangkalan TUDM Tawau manakala bakinya menerusi Pangkalan TUDM Labuan.
Perincian lanjut berhubung jenis, kaedah penyeludupan dan mereka yang terlibat akan diketahui sebaik siasatan terhadap pihak berkenaan dilengkapkan.

“Sebanyak tujuh transaksi dengan syabu seberat 1.8 tan, membabitkan nilai RM9.3 juta (diseludup keluar dari) sel Tawau.
“Di Labuan pula, sebanyak 14 transaksi sudah berlaku sejak Ogos 2024, membabitkan syabu seberat 1.2 tan dengan nilai RM63 juta,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) mengenai perincian hasil risikan serta dakwaan sindiket penyeludupan dadah itu sudah berlaku bagi suatu tempoh lama.
No comments:
Post a Comment