Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai pemimpin dunia kelapan paling berpengaruh di Asia.
Penarafan itu dibuat kajian Asia’s Most Influential Leaders oleh institut Lowy.
Anwar mendapat skor 46 mata dalam laporan terbaharu yang menilai keberkesanan pemimpin politik dalam memajukan kepentingan diplomatik negara masing-masing di peringkat antarabangsa
Presiden China, Xi Jinping, mendahului senarai berkenaan dengan skor 100, diikuti Perdana Menteri India, Narendra Modi (79) dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong (74).
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, turut memperoleh 74 mata, manakala Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mencatat 68 mata.
Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, berada di kedudukan seterusnya dengan 52 mata, diikuti pemimpin Vietnam, To Lam, yang memperoleh 50 mata.
Penyertaan Anwar Ibrahim dalam senarai itu hadir ketika Malaysia terus mempergiat hubungan diplomatik dengan pelbagai negara serta memainkan peranan lebih aktif dalam menangani cabaran geopolitik dan ekonomi serantau.
Antara perkembangan yang mendapat perhatian ialah penglibatan Malaysia dalam usaha meredakan ketegangan antara Kemboja dan Thailand ketika negara mempengerusikan ASEAN pada 2025.
Penarafan kepimpinan politik itu merupakan sebahagian daripada Indeks Kuasa Asia yang lebih menyeluruh, yang mengukur kuasa dan pengaruh 27 negara dan wilayah di rantau berkenaan

No comments:
Post a Comment