TAK PERLU PUN MOHON MAAF. TERUSKAN ANAK MUDA KRITIK DAN BUKAN MEMFITNAH

 






Pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kerana mempersoalkan tindakan orang ramai mengumpul derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar denda mahkamah RM50 juta.

Ummi Umairah tetap mempertahankan pendiriannya bahawa menderma wang hasil titik peluh kepada golongan elit adalah perbuatan paling bodoh dan tidak bermoral. Beliau turut menjelaskan bahawa menyifatkan sesuatu perbuatan sebagai bodoh tidak bermaksud menghina individu yang melakukannya.
Walaupun menerima kecaman dan komen berbaur ugutan, beliau tidak berganjak daripada prinsip menentang rasuah. Malah, Ummi Umairah menyuarakan kekecewaan terhadap sikap segelintir masyarakat yang menurutnya terlalu taksub dengan politik sehingga mengabaikan fakta, konteks dan pemikiran kritis.
Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini





No comments: