PRESTASI EKONOMI MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-4 TERBAIK DUNIA



 Zulkifli Hasan




ESTASI EKONOMI MALAYSIA BERADA DI TANGGA KE-4 TERBAIK DUNIA


Syukur alhamdulillah, Malaysia menduduki tangga ke-4 dunia bagi kategori Prestasi Ekonomi (Economic Performance) dalam laporan IMD World Competitiveness Ranking 2026.
Lebih mengagumkan ialah di kala dunia sedang berdepan dengan konflik geopolitik, persaingan geo-ekonomi, gangguan rantaian bekalan global, inflasi, persaingan teknologi, Malaysia pula terus cemerlang dengan menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Baru sahaja Malaysia diumumkan berada di kedudukan ke-15 dalam laporan World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 menyaksikan lonjakan lapan anak tangga berbanding kedudukan ke 23 pada 2025.
Ini bermakna dalam tempoh hanya dua tahun, Malaysia telah meningkat daripada kedudukan ke-34 kepada ke-15 dunia. Pencapaian luar biasa hasil kerja keras kerajaan, sektor swasta dan semua rakyat Malaysia.
Diakui, sememangnya ramai yang inginkan perubahan di negara kita dan ramai yang inginkannya berlaku dengan pantas dan benar-benar dapat dirasakan. Namun, reformasi dan transformasi ini mesti dilakukan dengan bijaksana dan berhikmah.
Kita mesti menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang stabil, cekap, kompeten, bersih dan diyakini. Imej dan keadaan inilah yang akan menarik perhatian lebih ramai pelabur, pelancong, pengunjung, ilmuwan, pakar, dan lain-lain untuk datang membawa teknologi, pengalaman termasuk modal dan melabur di negara kita.
Perubahan bukan berlaku sekelip mata, ia adalah usaha berterusan yang dilaksanakan dengan penuh berhikmah dan bijaksana.
Malaysia terus mendunia.....

No comments: